berita

Pelajar Universiti Direman Kerana Buat Laporan Palsu, Dakwa Diri Disamun Elak Didenda JPN

July 26th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelajar buat laporan palsu IC hilang

Foto: Berita Harian

Seorang pelajar sebuah universiti awam yang terletak di Kota Bharu ditahan polis selepas sanggup membuat laporan palsu hanya kerana mahu mengelak dari dikenakan denda yang tinggi oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Artikel Berkaitan: Lelaki Rasa Tak Dihargai, Terpaksa ‘Prank’ Kematian Untuk Lihat Reaksi Keluarga

IC hilang kali ketiga

Pelajar buat laporan palsu IC hilang

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian, laporan palsu tersebut dibuat pelajar berkenaan susulan kehilangan kad pengenalan buat kali ketiga.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, pelajar lelaki berusia 20-an itu membuat laporan palsu dengan mendakwa dirinya disamun secara berkumpulan di Jalan Tengku Mohd Maasum kira-kira jam 3.30 petang Selasa.

Lelaki itu memberitahu, ketika sedang menunggang motosikal di satu lorong di lokasi kejadian, tiba-tiba dia didatangi dan ditahan dua motosikal yang dinaiki empat lelaki.

Seorang dari suspek bertindak mengacukan senjata jenis pisau dan memintanya menyerahkan beg silang yang sedang digalasnya.

Hasil siasatan mendapati dia gagal memberikan keterangan yang konsisten berkenaan kejadian. Pihak polis kemudian menjalankan soal siasat lanjut sebelum mendapati lelaki itu memberikan keterangan palsu dan kejadian yang dilaporkan adalah tidak wujud.

Selepas siasatan lanjut dibuat, pelajar berkenaan kemudiannya mengaku memberikan keterangan palsu dan kini ditahan reman.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu serta memberikan maklumat palsu dan jika disabitkan kesalahan, pelajar tersebut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM20,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×