berita

Pelajar Universiti Tempatan Tayang Kereta Lamborghini Sekadar Promosi – ‘Saya Bukan Flexing’

December 25th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

PELAJAR LAMBOGHINI

Seorang pempengaruh yang merupakan pelajar universiti tempatan iaitu Nadzirah Ridzuan dikecam warganet selepas didakwa menayang kereta mewah jenama Lamborghini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tayang Duit Dalam Akaun Bank, Cik B Pernah ‘Spend’ Lebih RM1 Juta Sebulan?

Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Jual Lamborghini, Derma Sebahagian Duit Kepada Pales***

Bukan kereta sendiri

Enggan membiarkan diri terus dikutuk, Nadzirah tampil memberi penjelasan di TikTok miliknya. Video itu dimuat naik semula di aplikasi X oleh pengguna media sosial.

Tegas Nadzirah, kereta ‘supercar’ itu bukan miliknya, hanya sekadar menjalankan tuntutan kerja untuk membuat promosi barangan mewah.

Saya buat kolaborasi, semua yang saya buat adalah benda yang saya nak promosi.

Apa yang saya makan, tempat hotel mana saya pergi, barang berjenama apa yang saya beli, semua itu saya jual.

Ya, saya memang pelajar sepenuh masa universiti tersebut. Kereta mewah itu kolaborasi untuk promosi syarikat tersebut. Kemudian, makanan saya pun ditaja, cumanya saya satukan semuanya menjadi video gaya hidup.

Dalam pada itu, Nadzirah menafikan tuduhan dia sengaja ‘flex’ kekayaan kepada orang ramai.

Saya bukan flexing. Dah berapa kali saya cakap! Saya buat kolaborasi, bisnes dan apa yang saya kongsikan, itu untuk promosi.

Video

Sumber: X

SKIP THIS AD ×