berita

Ini Rupa ‘Sebenar’ Hero Kpop Pujaan Korang Sebelum Hot Macam Sekarang

April 16th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Haaa siapa dekat sini peminat artis Korea? Mesti korang tertanya-tanya macam mana wajah ‘oppa’ kesayangan korang sebelum diorang ni digelar sebagai seorang artis, betul tak? Oleh itu, seorang pengguna Facebook iaitu Vonne Kim ada berkongsi beberapa foto ‘predebut’ pelakon Korea yang menjadi kegilaan remaja sekarang. Jom tengok!

Hyun Bin

Hyun Bin atau nama sebenarnya ialah Kim Tae-Pyung yang dilahirkan pada 25 September 1982 di Seoul, Korea. Difahamkan, kemunculan pertama Hyun Bin sebagai pelakon adalah pada tahun 2003 menerusi drama Bodyguard. Salah satu drama terbaru yang dibintangi Hyun Bin dan menjadi digilai ramai adalah Crash Landing On You.

Lee Dong-Wook

Lee Dong-Wook bukan sahaja bergiat aktif dalam bidang lakonan malah dia juga digelar sebagai seorang pengacara, model dan penghibur. Pelakon tampan dan berbakat ini juga telah bertapak dalam industri lakonan sejak dari tahun 1999 menerusi drama satu episod di bawah syarikat MBC, Seoul, Korea.

Rowoon

Rowoon  atau nama sebenarnya ialah Kim Seok-Woo merupakan salah seorang ahli kumpulan SF9. Selain aktif dalam bidang nyanyian, Rowoon juga dikenali sebagai salah seorang pelakon yang sangat berbakat. Rowoon yang dilahirkan pada 7 Ogos 1996 juga pernah memenangi anugerah ‘Pelakon Baru Terbaik’ dalam 2019 MBC Awards menerusi lakonannya dalam drama Extraordinary You.

Ji Chang-Wook

Ji Chang-Wook memulakan karier awalnya menerusi teater muzikal. Selepas itu, dia mula berlakon di kaca televisyen pada tahun 2006 menerusi filem Days. Pada tahun 2008, pelakon kacak ini secara rasminya telah debut dalam filem Sleeping Beauty.

Lee Min-Ho

Lee Min Ho merupakan salah seorang pelakon lelaki yang sangat digilai ramai. Bakat lakonan yang ada pada dirinya memang tidak dapat disangkal lagi bahkan dia juga mampu membawa pelbagai jenis watak dengan sempurna. Bukan itu sahaja, dia juga telah berjaya merangkul pelbagai jenis anugerah sepanjang kariernya bergelar sebagai seorang pelakon.

Lee Jong-Suk

Lee Jong-Suk dilahirkan pada 14 September 1989 di Seoul, Korea. Apa yang menariknya, Lee Jong-Suk telah debut sebagai runway model pada tahun 2005 dan pada ketika itu dia merupakan satu-satunya model paling muda yang menyertai Seoul Fashion Week.

Kim Woo-Bin

Nama pelakon kacak, Kim Woo Bin menjadi bualan hangat netizen selepas dia disahkan menghidap kanser nasopharyngeal pada Mei 2017. Syarikat pengurusan Woo Bin juga sebelum ini ada melaporkan bahawa Kim Woo Bin atau nama sebenarnya ialah Kim Hyun Joong berada dalam keadaan baik dan kesihatan aktor kacak itu juga semakin pulih. Difahamkan, pelakon kacak ini juga bakal membuat comeback dalam filem terbaru yang dikhabarkan dia akan menjadi watak utama.

Park Seo-Joon

Park Seo-Joon mula debut dalam industri hiburan Korea adalah pada tahun 2011 dimana dia telah muncul dalam muzik video ‘I Remember’ nyanyian Bang Yong-Guk. Kemudian dia muncul sebagai pelakon dalam drama High Dream 2 pada tahun 2012. Pada tahun 2017, pelakon kacak ini merupakan model lelaki Asia yang pertama yang telah menjadi  the face of Tommy Hilfiger.

Yeo Jin-Goo

Yeo Jin-Goo telah memulakan kariernya sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem Sad Movie pada tahun 2005. Difahamkan, pelakon kacak ini telah menamatkan zaman persekolahannya di Namgang High School dan meneruskan pengajiannya dalam bidang teater di Chung-Ang University.

Lee Seung-Gi

Lee Seung-Gi bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang lakonan, malah dia juga bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan juga pengacaraan. Pelakon dan penyanyi terkenal ini juga memiliki Ijazah Sarjana Muda (Degree) dalam bidang Perdagangan Antarabangsa pada 20 Februari 2009.

Gong Yoo

Goo Yoo atau nama sebenarnya ialah Kong Ji-Chul yang dilahirkan pada 10 Julai 1979 merupakan salah seorang pelakon yang sangat berbakat. Walaupun umurnya kian meningkat, tetapi ianya langsung tidak menghalang kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Yook Sung-Jae

Yook Seung-Jae merupakan salah seorang anggota kumpulan nyanyian BToB. Pelakon dan penyanyi kacak ini dikatakan berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang perniagaan.

Song Joong-Ki

Song Joong-Ki telah mendirikan rumahtangga bersama kekasih hatinya yang juga merupakan seorang pelakon, Song Hye-Kyo pada 31 Oktober 2017 dalam sebuah majlis tertutup di The Shilla Hotel, Seoul. Walau bagaimanapun, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai selepas dua tahun berkahwin.

Lee Jae-Wook

Pelakon kacak Lee Jae-Wook  dilahirkan pada 10 Mei 1998. Dia telah mula debut pada tahun 2018 menerusi drama Memories of the Alhambra sebagai pelakon pembantu. Kemudian pada tahun 2019, pelakon muda ini telah menjadi salah seorang pelakon utama untuk drama Search:WWW.

Nam Joo-Hyuk

Nam Joo-Hyuk dilahirkan pada 22 February 1994 di Busan, Korea Selatan. Bukan hanya digelar sebagai seorang pelakon malah dia juga mempunyai bakat dalam bidang peragaan. Memiliki wajah yang kacak dan ketinggian yang ideal sememangnya mampu menjadikan Nam Joo-Hyuk sebagai seorang model yang sangat terkenal.

Ahn Jae-Hyun

Ahn Jae-Hyun memulakan kariernya dalam bidang seni pada tahun 2009 sebagai runway model. Bukan itu sahaja, dia juga turut menjadi model majalah komersial dan membintangi dalam beberapa muzik video antaranya Sad Song, Please Don’t dan sebagainya. Kemudian pada tahun 2015, pelakon kacak yang dilahirkan pada 1 Julai 1987 ini telah memegang watak utama sebagai seorang doktor Vampire menerusi drama Blood.

Kim Soo-Hyun

Kim Soo-Hyun dilahirkan pada 16 Februari 1988 dan telah memulakan debut buat pertama kalinya di kaca televisyen pada tahun 2007 dalam sitcom Kimchi Cheese Smile. Bapanya, Kim Chung-hoon merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan ‘Seven Dolphins’ yang sangat terkenal sekitar tahun 1980-an.

Yoo Seung-Ho

Yoo Seung-Ho dilahirkan pada 17 Ogos 1993. Dia merupakan salah seorang pelakon dan model yang sangat terkenal. Pada tahun 1999, ibu Yeo Seung- Ho telah menghantar gambarnya kepada agensi pengiklanan dan pada tahun yang sama juga pelakon kacak ini telah memulakan debutnya dengan melibatkan diri dalam pengiklanan telefon bimbit.

Kang Ha- Neul

Kang Ha-Neul telah memulakan kerjayanya dalam teater muzikal pada tahun 2010 dan 2011. Dia kemudian muncul di kaca televisyen menerusi beberapa drama anataranya ialah To The Beautiful You, The Heirs dan Misaeng: Incomplete Life pada tahun 2004. Penglibatannya dalam bidang lakonan berbuahkan hasil apabila dia telah dinobatkan sebagai pelakon terbaik dalam 2019 KBS Drama Awards.

Sumber: Vonne Kim

SKIP THIS AD ×