berita

Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Akan Dipanggil SPRM Bantu Siasatan Kes Macau Scam

October 20th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini akan memanggil beberapa individu termasuk artis untuk membantu siasatan berhubung aktiviti penggubahan wang haram yang melibatkan sindiket Macau Scam.

Artikel Berkaitan: Hasil Titik Peluh Sendiri, Chacha Maembong Nafi Dakwaan Terlibat ‘Gang Macau’

Tindakan ini dilakukan oleh SPRM berikutan tiada seorang pun artis yang tampil memberi keterangan secara sukarela.

Pelakon dan pengacara dipanggil SPRM

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki telah menggesa supaya semua individu termasuk artis yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram untuk membantu siasatan.

Walaupun begitu, tiada seorang dalam kalangan artis tampil memberi keterangan. Oleh hal yang demikian, pihak SPRM dijangka akan memanggil seorang pelakon lelaki dan pengacara wanita yang juga pernah muncul dalam beberapa drama popular tanah air untuk memberi keterangan berhubung kes.

SPRM sudah memberi tempoh masa kepada individu terbabit untuk tampil, namun mereka berdua termasuk individu lain yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket ini gagal hadir memberi keterangan. Susulan itu, SPRM akan memanggil mereka dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

Jalankan perniagaan

Menurut sumber, pelakon lelaki tersebut turut bergiat aktif dalam bidang pengacaraan. Difahamkan, kedua-dua artis terbabit merupakan seorang usahawan kerana telah menjalankan perniagaan. Bukan itu sahaja, nama mereka turut dikenali ramai kerana masing-masing mempunyai lebih daripada 1 juta pengikut di media sosial.

Sumber: Harian Metro

×