berita

Pelakon Mak Lampir Meninggal Dunia Akibat Covid-19

January 18th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Masihkah anda ingat lagi dengan watak Mak Lampir di dalam filem dan drama bersiri Misteri Dari Gunung Merapi? Watak yang mempunyai rupa paras berwarna hijau dan mirip nenek kebayan ini sepastinya undang ngeri dalam kalangan penonton kanak-kanak pada era 90an.

Terbaru, dilaporkan pelakon watak Mak Lampir iaitu Farida Pasha telah sah menghembuskan nafas terakhirnya di usia 68 tahun.

Memetik laporan Kompas.com, penyanyi veteran Indonesia itu meninggal dunia pada hari Sabtu lalu iait 16 Januari 2021. Pelakon ini disahkan meninggal dunia kerana positif Covid-19. Perkara itu dimaklumkan penyanyi Indonesia yang juga merupakan cucu kepada Farida Pasha melalui laman Instagramnya.

Rata-rata pengikut mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah dan mendoakan segala urusan arwah dipermudahkan.

Tenang di syurga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #PelitaLara ? (@ifyalyssa)

Untuk makluman anda, Farida Pasha pernah membintangi lebih kurang 27 filem di Indonesia. Filem Tante Sun merupakan lakonan pertama beliau pada tahun 1977. Nama beliau mula dikenali selepas membintangi filem Misteri Dari Gunung Merapi pada tahun 1989 dengan memegang watak Mak Lampir.

Sumber: Gempak, ifyalyssa, Kompas.com

SKIP THIS AD ×