Filem Rangga & Cinta membawa nafas baharu dengan memperkenalkan pelakon muda El Putra dan Leya Princy sebagai watak utama buat pertama kali di layar perak. 

Barisan pelakon baru

Ketika ditemui OhBulan!, penerbit filem iaitu Mira Lesmana memaklumkan bahawa pemilihan pelakon dilakukan melalui proses uji bakat melibatkan hampir 700 remaja.

Salah satu sebab mengapa kami, dan juga harapan kami agar Nicho (Nicholas Saputra) dapat menyertai projek ini, adalah untuk mendapatkan pelakon-pelakon baharu yang benar-benar pertama kali muncul di layar perak. 

Jadi, ini adalah filem pertama untuk El dan juga Leya. Begitu juga dengan Geng Cinta, mungkin hanya dua daripada mereka yang pernah berlakon sebelum ini, itu pun bukan watak utama dan hanya kali kedua mereka berlakon. Jadi, semuanya benar-benar wajah baharu.

Mereka pertama kali berlakon, tetapi membawa pengalaman peribadi yang membezakan watak mereka. 

Mereka hafal dialog dan lagu sebelum audisi, dan itu sangat membantu proses kami.”

Sementara itu, pengarah filem, Riri Riza berkongsi pengalamannya selama lima bulan mengarahkan barisan pelakon Rangga & Cinta sepanjang proses penggambaran.

Kami menghabiskan hampir lima bulan untuk mencari yang tepat bagi setiap babak. 

Proses ini mencabar tetapi sangat memuaskan, kerana kami berjaya menemukan Rangga dan Cinta yang baharu, bukan cuba-cuba menjadi Dian atau Nichol (watak dalam Ada Apa Dengan Cinta)

Filem bertemakan muzikal

Lebih menarik filem ini turut menampilkan elemen muzikal, di mana El Putra dan Leya menyanyi secara live bagi memberi impak yang lebih mendalam menerusi filem Rangga & Cinta ini.

El Putra mengakui babak muzikal merupakan salah satu cabaran besar yang dilaluinya sepanjang menjayakan filem ini.

Scene muzikal paling susah bagi saya, kerana kami perlu pastikan lakonan, permainan muzik, nyanyian, pergerakan dan semuanya berjalan secara natural. 

Kita bukan sekadar bernyanyi tetapi menyampaikan isi hati melalui nyanyian.

Dalam pada itu, Lea turut berkongsi pengalamannya menjiwai watak serta menyelami emosi setiap babak.

Setiap babak dan setiap kali kami latihan emosi, pasti ada pengalaman dan perasaan baru. 

Kadang-kadang saya susah untuk rasai apa yang patut dirasai, tapi itu yang membuatnya menarik.

Sementara itu, Mira Lesmana turut menjelaskan tujuan filem ini mengekalkan latar era 2000-an.

Kami tidak ingin memasukkan media sosial dan gajet kerana ia akan mengubah keseluruhan cerita dan perasaan. 

Filem ini mendedikasikan pengalaman zaman ketika gajet belum ada, dan menunjukkan bagaimana persahabatan terjalin secara natural.

Diterbitkan oleh Miles Films dengan sokongan Primeworks Studios sebagai pengedar dan rakan pemasaran rasmi di Malaysia, Rangga & Cinta menampilkan barisan pelakon muda berbakat seperti Leya Princy (Cinta), El Putra Sarira (Rangga), Jasmine Nadya (Alya), Kyandra Sembel (Maura), Katyana Mawira (Milly), Daniella Tumiwa (Karmen), Rafi Sudirman (Borne) dan Rafly Altama (Mamet).

Filem Rangga & Cinta akan ditayanhkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 6 November 2025.