
Filem Rumah Tanpa Cahaya mengangkat kisah sebuah keluarga yang berdepan kehilangan seorang ibu yang selama ini menjadi tunjang kehidupan mereka.
Artikel Berkaitan: ‘The Real Mamu’ Sarat Dengan Emosi & Kekeluargaan – ‘Kisah Seorang Ayah, Suami & Sahabat’
Artikel Berkaitan: Legasi Terus Dipelihara, Waris Allahyarham Sudirman Terima Royalti Lebih RM360k
Rumah Tanpa Cahaya kisah keluarga selepas kehilangan ibu

Menurut penulis skrip Deddy Mizwar, filem ini bukan sekadar memaparkan kesedihan selepas kehilangan, tetapi turut mengetengahkan bagaimana kasih dan pengorbanan seorang ibu terus memberi kesan kepada keluarganya walaupun selepas pemergiannya.
Rumah Tanpa Cahaya tidak hanya bergantung kepada elemen kesedihan, sebaliknya mengajak penonton melihat semula perkara kecil yang sering dianggap biasa dalam kehidupan seharian.
Makanan yang tersedia di meja, doa seorang ibu, nasihat yang kadangkala tidak didengari serta kehadiran seseorang yang hanya disedari nilainya selepas dia pergi.
Persoalan yang cuba ditinggalkan filem ini juga cukup dekat dengan kehidupan penonton, apabila seorang ibu pergi, siapa yang akan menyatukan sebuah keluarga?
Melalui kisah keluarga Qomar, filem ini mengingatkan bahawa sesebuah rumah bukan hanya dibina dengan dinding dan atap, tetapi turut berdiri atas kasih sayang, pengorbanan dan kehadiran insan yang menyatukan semua penghuninya.
Dalam filem ini, Nurul merupakan isteri kepada Qomar dan ibu kepada Samsul serta Azizi. Selain menguruskan keluarga, dia turut membantu mengusahakan warung Empal Gentong yang menjadi sumber pendapatan mereka.
Namun, kehidupan keluarga itu berubah selepas Nurul meninggal dunia secara mengejut.
Pemergiannya menyebabkan Qomar kehilangan tempat bergantung, manakala Samsul dan Azizi mula menyedari pengorbanan ibu yang selama ini dianggap biasa.
Situasi menjadi semakin rumit apabila hubungan antara ahli keluarga mula renggang dan warung yang menjadi sumber kehidupan mereka turut berdepan masalah.
Ira Wibowo, Donny Damara terajui watak utama

Ira Wibowo menerusi watak Nurul membawakan karakter seorang ibu yang menjadi tulang belakang keluarganya.
Sementara itu, Donny Damara sebagai Qomar membawa watak seorang suami dan bapa yang perlu meneruskan kehidupan selepas kehilangan isterinya.
Gandingan Ridwan A. Ghany dan Lavicky Nicholas sebagai Samsul dan Azizi pula mengetengahkan konflik hubungan dua beradik selepas pemergian ibu mereka.
Selain mereka, filem ini turut dibintangi Dea Annisa, Galabby Thahira, Ence Bagus, Widi Dwinanda dan barisan pelakon lain.
Rumah Tanpa Cahaya sudah menemui penonton di pawagam Malaysia mulai 20 Ogos ini.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)