berita

Pelakon & Pengarah Majed Saleh Meninggal Dunia Pada Usia 65 Tahun

October 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Majed Saleh

Pelakon dan pengarah Majed Saleh dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 65 tahun, pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan: Bapa Mentua MK K-Clique Meninggal Dunia

Majed Saleh meninggal dunia

Majed Saleh

Berita duka itu dimaklumkan oleh adik ipar kepada arwah iaitu penyanyi Shiha Zikir menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya.

Abang ipar saya, Abdul Majed Bin Mohd Saleh telah kembali ke rahmatullah  sebentar tadi (Jumaat).

Mohon sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan tergolong bersama golongan beriman.

Sementara itu, Shiha menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama berkata dia seakan tidak percaya dengan perkhabaran tersebut.

Masih tak percaya, rasa nak delete balik post tadi.

Pada Jun lalu, media tempatan melaporkan arwah telah dimasukakn ke hospital dan kritikal apabila fungsi jantungnya hanya tinggal 25 peratus sahaja.

Arwah juga dilaporkan telah menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung bagi menguatkan organ di Hospital Serdang, Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×