Pelakon terkenal, Shannen Doherty telah mengembuskan nafas terakhirnya pada usia 53 tahun.
Meninggal dunia akibat kanser
Aktres yang membintangi drama televisyen hit 1990-an Beverly Hills, 90210, itu dilaporkan meninggal dunia akibat kanser payudara yang dihidapinya sejak tahun 2015.
Berita sedih itu turut disahkan oleh pengurus publisitinya, Leslie Sloane, pada Ahad.
Dengan berat hati saya mengesahkan kematian pelakon, Shannen Doherty. Pada hari Sabtu, 13 Julai, dia tewas dalam perjuangannya melawan kanser setelah bertahun-tahun berjuang dengan penyakit tersebut.
Pada saat kematiannya Shannen dikelilingi oleh orang tersayang serta anjingnya, Bowie. Keluarga memohon privasi mereka pada masa ini supaya mereka boleh berkabung dengan aman.
Terdahulu, Doherty pernah berkongsi tentang kisahnya melawan kanser payudara sejak 2015 namun setelah menerima rawatan, mendiang disahkan bebas daripada penyakit tersebut pada tahun 2017.
Walau bagaimanapun menjelang 2019 kanser itu telah kembali dan merebak. Dia kemudian mendedahkan kansernya itu berada pada tahap empat.
Sumber: The Guardian