Pelakon, Faye Kusairi menjelaskan bahawa kelonggaran atau keizinan untuk tidak hadir ke set penggambaran lazimnya diberikan atas dasar ihsan dan pertimbangan kemanusiaan.

Artikel Berkaitan: ‘Selagi Tak Merajuk, Tolong Ambil Saya Untuk Bawa Watak & Naskhah Yang Baik.. Yang Penting Bukan Kayu’ – Faye Kusairi

Artikel Berkaitan: Faye Kusairi Dedah Tiga Kali Putus Tunang, Pernah Dicurangi & Jumpa Lelaki Tak Matang

Pelakon tak ada cuti

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu menimbulkan persoalan sama ada golongan artis turut diberikan cuti sakit (MC) seperti pekerja lain.

Nak tanya, pelakon ada cuti sakit (MC) jugak ke?

Bagaimanapun, hantaran tersebut turut menarik perhatian Faye, atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Khusairi, yang menjelaskan bahawa cuti lazimnya diberikan khususnya apabila melibatkan keadaan kesihatan yang benar-benar serius.

Tak ada cuti, semuanya atas dasar ihsan sahaja.

Kalau pelakon sakit yang betul-betul teruk, barulah boleh ambil cuti.

Setakat selsema, sakit tekak, cirit-birit atau senggugut, selagi masih boleh bangun dan bergerak, dianggap masih boleh bekerja.

Tak ada pengganti tugas kita

Dalam masa sama, aktres drama 7 Hari Mencintaiku itu menjelaskan bahawa setiap pelakon yang menerima tawaran kerja perlu mempunyai kesedaran bahawa mereka sukar untuk digantikan sebaik sahaja komitmen telah dipersetujui.

Kita kena fikir bila kita sudah menerima sesuatu pekerjaan, tiada siapa yang boleh menggantikan kita dan jalankan tugas kita dengan mudah.

Kos produksi yang berjalan setiap hari bukanlah sedikit, jadi memang banyak implikasi dan akibat yang perlu dipertimbangkan.

Sumber: Threads