Pelakon Faye Kusairi tampil berkongsi pengalamannya mengenai kesan traumatik terhadap kesihatan mental.

Artikel Berkaitan: Tawaran Lakonan Faye Kusairi Berkurang, Faktor Usia Jadi Punca – ‘Saya Dah Berumur, Tak Secantik Yang Lain’

Artikel Berkaitan: Cermin Kereta Pecah Didakwa Angkara Hutang, Faye Kusairi Bidas Netizen – ‘Aku Ni Jenis Lambat Lagi Nak Buat Onar’

Sokongan emosi

Menerusi satu ciapan di aplikasi Threads, Faye, atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, berkongsi pandangannya serta faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan tersebut.

Saya pernah laluinya dan saya kenal beberapa orang lain juga.

Ada banyak faktor, biasanya berkait dengan pengalaman trauma.

Dan saya tak rasa nasihat agama itu tidak masuk, tetapi mungkin pada ketika itu minda berada dalam ‘survivor mode’.

Sistem pertahanan diri akan aktif, sebab itu wujud rasa kebas emosi.

Tambahnya lagi, sokongan emosional dalam bentuk sederhana, seperti pelukan, duduk bersama, atau melakukan aktiviti fizikal, dapat membantu mengurangkan impak kenangan buruk atau trauma.

Ada masanya sokongan itu datang daripada perkara sederhana seperti pelukan, meluangkan masa bersama dalam suasana tenang atau melakukan aktiviti fizikal bersama.

Apa sahaja yang boleh bantu cipta momen baharu untuk menjauhkan memori buruk atau trauma.

Sumber: Threads