berita

Pelakon Tumbuk Isteri Tiga Kali Ditahan Polis

March 5th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Gambar sekadar hiasan

Pelakon yang dipercayai menumbuk isterinya sebanyak tiga kali di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan polis bagi membantu siasatan kes itu, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nurul Shuhada Nafi Sengaja Sebar Aib, Doakan Kebahagiaan Sekiranya Hafidz Roshdi & ‘Penyondol’ Kahwin

Dibebaskan jaminan polis

Gambar sekadar hiasan

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 29 tahun terbabit ditahan kira-kira 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Bagaimanapun, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek. Polis kemungkinan akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini.

Beliau berkata, polis juga sudah mendapatkan laporan awal perubatan mangsa dan disahkan mangsa mengalami kecederaan di pipi.

Dalam pada itu, polis akan mendapatkan perintah mahkamah sementara pada esok, bertujuan menghalang suami daripada melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sementara siasatan dijalankan polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×