‘Jahit dekat sini (bahagian pipi) lagi sakit dari jahit beranak. Sakit sangat-sangat. Nasib tak kena di mata.’
Itu luahan yang dirasai isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada selepas ditumbuk sebanyak tiga kali dan perlu menerima 10 jahitan pada Khamis lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Di Muka Aku’ – Isteri Hafidz Roshdi
Artikel Berkaitan: ‘Jika Perlu Tangkapan Dilakukan, Ia Akan Dibuat’ – Polis Akan Panggil Hafidz Roshdi Bagi Keterangan
Pernah kena lagi teruk?
Memetik laporan Melodi, Shuhada ditanya respon Hafidz selepas melihat dirinya sudah berlumuran darah dan adakah sudah membuat permohonan maaf selepas melakukan keganasan rumah tangga?
Tak boleh nak describe macam mana. Susah nak cakap. Kita tak tahu keikhlasan orang. Hanya Allah yang tahu.
Shuhada juga menjawab soalan sama ada pernah kena lagi teruk selain daripada kejadian ditumbuk.
Rasanya dia lagi tahu. Saya tak nak komen sangat, benda dah lepas. Saya harap perkara ini boleh dijadikan iktibar untuk semua. Kalau pun pernah terjadi, saya serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan.
Punca ditumbuk sebab orang ketiga?
Ibu kepada dua cahaya mata ini menyatakan dia sudah menyerahkan segala bukti kepada pihak polis dan menegaskan kepada pihak ketiga untuk tidak berasa takut sekiranya bukan menjadi punca berlaku pergaduhan.
Saya sudah serah segala bukti-bukti kepada pihak polis untuk jalankan siasatan. Kalau betul pihak ketiga tidak bersalah, dia tidak perlu takut. Saya memang di pihak yang benar.
Saya sudah tujuh tahun berkahwin dengan Hafidz. Saya tahu perangai dan nak handle dia. Daripada pengalaman-pengalaman lepas, apa yang berlaku, kalau saya mengeluarkan kata-kata provokasi kepada dia, memang saya bodoh untuk dapatkan luka macam ini.
Orang luar di sana, korang tak kenal saya macam mana. Saya dan Hafidz masih bercakap baik. Saya juga tidak akan menjatuhkan maruah untuk pergi tarik rambut orang ketiga. Nak kata saya sengaja menyebarkan aib, selama ini pun saya tak ada media sosial.
Selain itu, Shuhada menekankan dia tidak akan memburukkan pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi kepada anak-anak kerana mereka memerlukan kasih sayang dari seorang ayah.
Doa kebahagiaan Hafidz & penyondol
Dalam pada itu, anak kelahiran Perlis ini turut menitipkan ucapan sekiranya ditakdirkan Hafidz berkahwin dengan ‘penyondol’ iaitu Athira Yuhada.
Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baharu.
Hidup la dengan tenang dan bahagia dirahmati Allah. Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah.
Pada Khamis lalu, Shuhada mendakwa Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Gara-gara perbuatan itu, Shuhada menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal.
Sebelum ini, Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.
Pada 23 Februari lalu, Hafidz kemudian menceraikan Shuhada dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.
Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official