
Seorang individu yang merupakan pelanggan restoran Rembayung memberi ‘review’ bagi beberapa juadah yang dipesan pada hari pertama restoran tersebut beroperasi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Tahfiz ‘Pasak’ Azan Dalam Restoran Rembayung, Netizen Meremang – ‘Dia Tahu Ramai Dengki’
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terharu Ramai Lawat Kawasan, Bergambar Depan ‘Rembayung’ – ‘Dari Brunei & Singapura Pun Ada Datang’
Review makanan Rembayung

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu yang berjaya membuat tempahan di restoran Rembayung itu membelanjakan lebih RM300 bagi sepuluh lauk yang dipesan.
Dalam pada itu, individu tersebut meluahkan rasa puas hati sekali gus memberi ‘rating’ tinggi bagi kebanyakan makanan yang dipesan.
Daging lemak 6/10, daging liat dan rasa smoky kuat sangat.
Ayam lemak 9/10, pedas dan ayam banyak tapi bahagian isi.
Siakap sambal 10/10, pedas dan cukup rasa.
Udang sambal 10/10, manis pedas, petai banyak dan udang siap buang tahi.
Telur dadar 7/10, rasa terlampau banyak perasa, nak masuk dengan lauk lain tak kena.
Sayur lemak 100/10, sedap & pekat macam laksam.
Terung sambal 10/10, terung masak elok tak lembik.
Ulam & sambal 10/10, rasa sambal tempoyak dan belaca ‘on point’.
Cucur udang 100/10, udang besar dan segar. Kuah kacang pun cukup rasa.
Buah campur asam boi 10/10, rasa refreshing saja.
Semua lauk portion banyak. Keadaan dalam kedai sangat selesa dan nyaman. Kru semua baik dan pandai tangkap gambar.
Sementara itu, ‘review’ yang dibuat tersebut meraih perhatian pemilik restoran Rembayung iaitu Khairul Aming yang meluahkan rasa syukur atas kehadiran dan maklum balas yang jujur.
Alhamdulillah terima kasih bagi feedback.
Tahniah jadi pelanggan pertama sambut ulang tahun kelahiran tadi.
Sumber: Threads @wthiqah_








