Umum mengetahui, selebriti media sosial iaitu Khairul Aming sering berkongsi pelbagai resepi menarik termasuk mempromosikan bisnes ‘Sambal Nyet’ yang dibuat olehnya di Instagram.
Terbaru, Khairul Aming meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menghasilkan dan menjual sambal palsu menggunakan nama produknya
700 botol orang dah beli
Hari ni aku nak share satu kes di mana ada someone dari shah alam jual sambal nyet and mengaku as reseller tapi sebenarnya dia duplicate sambal and jual yang palsu. Dah lebih 700 botol orang beli dari dia. Lately aku pelik kenapa ada customer dm aku cakap sambal berbuih tapi bila aku tengok gambar botol and postcard, ada macam something tak kena. Macam lain design and rupa sambal and then we identified that they bought from “Mast*****iyah“ yang claim as reseller.
Menurut Khairul Aming, dia mula berasa pelik sebaik sahaja ada beberapa orang pembeli membuat aduan mengenai sambalnya. Menurut pembeli, sambal yang diterima sudah berbuih dan tidak seperti yang dipromosikan. Gusar mengenai hal tersebut, Khairul Aming terdetik untuk melihat botol dan postcard produk berkenaan. Ternyata, design dan rupa sambal yang dibeli oleh pembeli tersebut berbeza dengan sambal yang asal. Apabila dikaji, Khairul Aming mendapat tahu bahawa ada seorang wanita telah mengaku menjadi reseller produk berkenaan.
Ni sambal tipu
Aku baca review dekat shopee dia and ramai bagi 1 star sebab sambal basi, berair, pecah dan bau busuk. Untuk kumpul bukti aku minta kawan aku beli sambal ni dari dia and memang betul ni sambal tipu. Here is the breakdown. First, sticker yang dia guna ni basically sticker yang dia scan dari sticker original and print balik. u can see clearly yang warna logo api tu faded and font perkataan semua blur.
Resolution sticker very low and dia siap tampal dengan tape. Second, postcard guna font tak sama. Kawan aku tak dapadt postcard dari dia tapi ni screenshot dari review dekat shopee dia. I print my own handwriting kat postcard tu, bukannya font dari computer. Lagipun kita dah tak pakai postcard ni, how come dia still ada kalau claim ni original.
Ujar Khairul Aming lagi, perkara yang paling tidak boleh terima dek akal adalah tekstur dan bau sambal ‘tipu’ tersebut. Jelasnya, sambal itu bau seperti minyak ikan goreng yang busuk serta cili yang sudah menjadi keladak. Khairul Aming juga meluahkan rasa kecewa apabila ada dalam kalangan pelanggan yang datang semula kepadanya untuk meminta wang ganti rugi mereka.
Dah buat laporan polis
View this post on Instagram
Tolong berhati-hati juga sebab gambar dia guna ni ada dekat shopee shop yang lain juga. Pada waktu ini sukar buat saya untuk mengenal pasti sama ada individu tersebut ‘reseller’ ataupun tidak. Aku dah penat nak tapis sorang-sorang scammer macam ni. Jangan la khianat orang macam ni, makan duit haram dengan menipu. Aku takut orangg yang beli tu keracunan makanan makan benda mengarut macam ni. Tolonglah korang jangan beli dari reseller.
Khairul Aming turut merayu agar masyarakat di luar sana tidak membeli Sambal Nyet dengan ‘reseller’. Jelasnya lagi, laporan polis sudah dibuat di Damansara dan kes tersebut bakal diteruskan oleh peguam. Sebagai peniaga, Khairul Aming memohon maaf sekali lagi kerana sambal yang dijualnya sering tidak mencukupi.
Sumber: Khairul Aming