berita

Pelanggan HyppTV Nikmati 3 Saluran Antarabangsa Secara Percuma

October 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada 18 Oktober 2012 semalam, telah berlangsungnya majlis pelancaran bagi tiga buah saluran eksklusif terbaru untuk perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) atau lebih dikenali sebagai HyppTV.

Ketiga-tiga saluran ini dikenali sebagai ‘now International HD,’ ‘now Mango‘ dan ‘now Hairun,‘ di mana kesemuamya kini boleh ditonton di Malaysia menerusi kerjasama antara pihak TM dan PCCW Media Ltd dari Hong Kong.

Kesemua saluran ini telah dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, (UniFi) dan masing-masing mempunyai keunikan serta sasaran penontonnya yang tersendiri.

now International HD (Saluran 155)

Saluran ini dipaparkan dalam versi Bahasa Kantonis dan ia menawarkan rancangan berupa masakan, gaya hidup, pelancongan serta pelbagai pilihan berita hiburan popular daripada produksi terbaik di Hong Kong.

now Mango (Saluran 156)

Saluran ini disiarkan dalam Bahasa Mandarin dan ia memaparkan program berupa hiburan serta bual bicara bersama selebriti terkenal dari negara Hong Kong, China dan Taiwan. Antara selebriti yang terlibat adalah Aaron Kwok, Zhang Ziyi serta Shu Qi.

now HaiRun (Saluran 157)

Saluran yang menyiarkan pelbagai drama bersiri dari negara China dan Hong Kong. Kesemua drama bersiri tersebut akan disiarkan dalam versi Bahasa Mandarin dan dipaparkan dalam revolusi berkualiti tinggi.

Menerusi pelancaran saluran terbaru ini, pelanggan HyppTV akan dapat menikmati kesemua saluran tersebut secara PERCUMA bermula 15 Oktober hingga 14 November ini.

SKIP THIS AD ×