Seorang individu mendakwa terdapat kuku dalam makanan yang dijamah ibunya ketika sedang makan di sebuah restoran di Selangor.
Artikel Berkaitan: Wanita Makan Bubur Lambuk Sangka Tergigit Buah Pelaga, Rupanya Ulat Sagu – ‘Nak Nangis’
Artikel Berkaitan: Penyediaan Nasi Mandy Arab Bawah Tanah Jadi Bualan, Netizen Putus Selera Tengok Kain Lap Hitam
Geli & jijik
Menerusi ciapan individu tersebut di laman sosial Twitter, dia dan ibunya yang sedang makan tengah hari di restoran itu pada mulanya tidak perasan akan keratan kuku tersebut.
Namun setelah menjamah hampir separuh dari makanan itu, barulah ibunya ternampak keratan kuku di dalam nasi.
Lebih menjijikkan apabila dia melihat terdapat enam keratan kuku dan ibunya sudah termakan dua daripada keratan kuku itu.
Semasa makan tengah hari, ibu saya mendapati bukan sahaja satu tetapi terdapat enam keratan kuku di dalam nasinya. Dia dah pun mengunyah dua keratan kuku itu.
‘Macam disengajakan..’
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet mengesyaki keratan kuku itu seolah-olah diletakkan ke dalam pinggan dengan sengaja. Malah ada yang mengaitkan kejadian itu berkemungkinan terdapat unsur sihir atau khianat.
Sumber: Twitter