Seorang wanita yang sedang enak menikmati bubur lambuk ketika berpuka puasa terkejut apabila tergigit satu objek yang tidak disangka-sangkanya.
Artikel Berkaitan: Unik! Pembuatan Nasi Mandy Arab Dimasak Dalam Lubang Bawah Tanah, Tapi Kain Lap Hitam Buat Netizen Putus Selera
Tergigit ulat sagu
Menerusi perkongsian yang dimuat naiknya di laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, wanita tersebut mendedahkan bahawa objek yang disangkanya buah pelaga itu merupakan seekor ulat sagu.
Dah masuk mulut ingat buah pelaga, nak nangis.
Walaubagaimanapun, wanita yang dikenali sebagai Ain Nurfiraneza itu tidak menyatakan lokasi di mana dia membeli bubur lambuk berkenaan.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen juga terkejut dengan penemuan ulat sagu di dalam bubur lambuk yang dibeli wanita itu bahkan ada yang mengaitkan perkara ini dengan kejadian sihir dan mistik.
Sumber Facebook