berita

Pelbagai Barangan Dengan Harga RM2.10 Je? Jom Serbu Ninso Kota Kemuning Sekarang!

November 21st, 2019 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Pejam celik, pejam celik dah nak penghujung bulan November dah. Hujung-hujung bulan ni, selalunya gaji masing-masing dah nak masuk. Barang keperluan kat rumah pun ada je yang nak habis. Mulalah semua sibuk buat list barang apa yang nak kena beli, ye tak?

Alang-alang tu, apa kata korang shopping dekat Ninso. Ada lebih 100,000 jenis barangan dengan kualiti terbaik yang korang boleh beli hanya dengan RM2.10 je! Sesuai sangatlah dengan moto mereka, “Bringing On Smiles With Great Value”. Kenapa nak berbelanja lebih kalau boleh beli dengan harga yang murah kan?

Pelbagai jenis barangan boleh dapatkan hanya di Ninso.

Mungkin ada antara korang pernah dengar pasal Ninso ni. Kalau tak pernah dengar, nampaknya korang memang ketinggalan sangat sebab Ninso ni memang best! Korang boleh dapatkan pelbagai barangan keperluan seperti barangan rumah, aksesori, permainan, makanan dan macam-macam lagilah. Cakap je nak barang apa, semua ada!

Selain itu, barang keperluan dapur, barang mandian, hardware, keperluan berkebun pun ada jugak tau. Semuanya berharga RM2.10 je. Tak kisahlah barang tu kecik atau besar, harga tetap sama.

 

 

 

 

Ninso buka cawangan baru lagi. Kat mana wei?!

Berita baik untuk korang yang kaki shopping, Ninso dah buka cawangan baru mereka di Kota Kemuning. Waktu operasinya bermula pada 10 pagi hingga 10 malam. Kalau untuk korang sempat nak shopping pada waktu bekerja, boleh je datang lepas office hour atau hujung minggu.

Kemudahan & ruangan selesa untuk pengunjung Ninso 

Untuk keselesaan korang, Ninso menyediakan ruang yang luas dan besar tau. Senanglah untuk korang cari barang. Semua barangan di sini juga dibahagikan mengikut seksyen-seksyen tertentu. Memang senang kalau nak cari barang , tak payah nak pening pusing-pusing cari barang.

Untuk memudahkan shopping adventure korang, Ninso juga sediakan troli special untuk korang yang kaki borong ni. Kaunter pembayaran juga ada banyak, so korang tak perlu nak berbaris dengan lama.

Hanya LIKE & SHARE, korang berpeluang menang hadiah istimewa!

 

Bersempena pembukaan Ninso Kota kemuning Shah Alam, mereka tawarkan pelbagai giveaway untuk korang. Antara yang bakal korang bawa pulang ialah, belon Ninso, ais krim, tisu, ball pen, air freshner, biskut oat 25, bihun, gula-gula Sour watch, Win sweet Potato crisp, minuman dalam tin (Coke) dan hamper . Caranya mudah je wei! Hanya perlu LIKE dan SHARE post ini.

Beli banyak macam ni pun tak sampai Rm50 pun!

*Tertakluk pada terma dan syarat*

Oh ya! Untuk korang yang shopping RM50 ke atas, korang akan diberikan satu token PERCUMA untuk Toys Vending Machine di Ninso Kota Kemuning. Dalam vending machine tu, pelbagai jenis patung atau toys yang korang boleh menang! Seronok kan! Token ni terhad kepada 500 sahaja tau! Siapa cepat, dia dapat.

Kalau korang dah plan nak pergi shopping, inilah masanya untuk korang usya Ninso Kota Kemuning dan tengok sendiri pelbagai tawaran dan barangan dengan harga RM2.10 je. Murah dan jimat! Rugi wei kalau tak pergi! Untuk info lanjut, korang boleh rujuk kat bawah ni.

Facebook : Ninso WM

Website: Ninso WM

Ninso Kota Kemuning

Tarikh pembukaan: 22 November 2019

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam

Alamat:   Lot Tingkat – 1AC, No 2 Jalan Anggerik Vanilla AB 31/ AB Seksyen 31, 40460 Shah Alam

SKIP THIS AD ×