
Seorang individu berkongsi pengalaman mengejutkan yang didakwa diceritakan oleh adiknya mengenai penemuan rakan serumah yang telah meninggal dunia di dalam bilik sewa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sukarelawan Malaysia Kongsi Keadaan Selepas Banjir, Sebak Banyak Jasad Belum Ditemui – ‘Bau Mayat Masih Kuat’
Artikel Berkaitan: May*t Membusuk Ditemui Dalam Tangki Simpanan Air Di Pulau Pangkor
Bau busuk dalam rumah

Menerusi perkongsian di Threads, adiknya menyedari rumah sewa yang didiaminya berbau busuk selama beberapa hari meskipun pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan bau itu.
Berbotol spray dah guna, tapi bau tak hilang. Sampai hari keempat, lalat hijau besar yang tak pernah ada sebelum ini terbang dalam rumah.
Dia terdetik nak jenguk bilik housemate yang ada kencing manis, umur awal 30-an.
Sebaik sahaja pintu dibuka, adiknya melihat rakan serumahnya sudah meninggal dunia, lalu dia menghubungi pihak polis.
Dia buka pintu, bau menerpa keluar. Housemate dia dah meninggal dan sedang membengkak.
Dia telefon polis dan mereka datang untuk soal siasat.
Menurut pihak polis, jasad arwah berada dalam keadaan tidak baik dan hampir pecah berikutan telah beberapa hari meninggal dunia.
Kata polis, sikit lagi badan arwah nak pecah tapi kain atas badannya menghalang.
Polis minta kawan adik tolong angkat mayat masuk dalam plastik. Waktu angkat tu kepala mayat kena tangan dia dan rasa lembik.
Polis tanya, ‘malam ni nak tidur mana? Awak tidur je lah dalam rumah tu, lagi pun sudah empat hari tidur dengan mayat.’
Sumber: Threads







