Semalam, Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawa orang ramai diwajibkan untuk memakai pelitup muka di tempat awam dan pengangkutan awam yang sesak bermula 1 Ogos ini.
Artikel berkaitan: Wajib Pakai ‘Face Mask’ Di Tempat Awam Mulai 1 Ogos Atau Denda RM1000
Menerusi laporan Harian Metro, masyarakat perlu memakai pelitup muka tiga lapisan kerana ianya mampu mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19 berbanding jenis fabrik ‘fancy’ yang kini menjadi pilihan ramai.
Fungsi kedua-dua berbeza
Menurut Pakar Epidemiologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan, pelitup muka tiga lapisan yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) penting kerana memiliki penapis yang dapat menghalang partikal halus termasuk virus daripada dihidu.
Ada tanggapan penggunaan pelitup muka fabrik ini lebih menjimatkan kerana dapat dibasuh dan dipakai berulang kali berbanding pelitup muka perubatan yang disarankan KKM.
Namun harus diingatkan fungsi kedua-dua pelitup muka itu berbeza dari segi material dan fungsi malah boleh memberi kesan jika seseorang itu kerana risiko jangkitan boleh berlaku lebih mudah jika terus memakai pelitup muka fabrik.
Tambahnya, pelitup muka fabrik sekadar menapis bau dan partikal kasar dan dibuat tanpa penapis khas. Sebagai masyarakat, pematuhan pemakaian pelitup muka tiga lapisan antara faktor penyumbang kepada kejayaan awal Malaysia mengawal penularan Covid-19.
Jangan terus selesa
Mengulas mengenai peningkatan kes sejak belakangan ini, Dr Rohaizat menyarankan masyarakat supaya jangan putus asa dan pandang ringan.
Jangan kita terus selesa dan mengambil ringan walaupun sekadar pelitup muka. Ada yang mahu kelihatan bergaya kerana pelitup muka fabrik dibuat dengan pelbagai corak namun ia tidak berkesan dari segi kesihatan awam.
Jelasnya lagi, masyarakat mampu memperoleh kebaikan meskipun, perlu menambah kos untuk membeli pelitup muka tiga lapisan. Keputusan kerajaan menurunkan harga juga antara langkah yang baik bagi menggalakkan pemakaian pelitup muka dalam kalangan rakyat.
Sumber: Harian Metro