berita

Pemain Bola Sepak Cilik Berusia 11 Tahun Dari Kedah Ke Barcelona!

August 8th, 2019 | by Danial
Kini Trending

Sukan bola sepak sangat sinonim dengan budak lelaki. Namun, kali ini admin jumpa pulak seorang pemain bola sepak cilik perempuan yang baru berusia 11 tahun. Nur Alya Marissa Binti Nur Al Fatah atau lebih mesra disapa Icha memang lincah di padang.

Lebih dasyat lagi pemain cilik ini akan bermain bola sepak mewakili negara kita di Barcelona. Wow!

Jom kita tengok dulu video tentang adik Icha! Power ke dia main bola sepak?

Fuh! Semoga adik Icha dan pasukannya membawa pulang kejayaan dari Barcelona nanti!

Aktifkan Negaraku sebuah program MILO®!

Untuk pengetahuan korang, adik Icha sebelum ini telah menyertai pemilihan di peringkat negeri Kedah pada bulan April lalu. Namun, bakatnya lebih terserlah apabila bermain sewaktu di Milo Hidup Bola Grand Final. Banyak juga cabaran yang adik Icha telah harungi sepanjang perjalanan mengejar impiannya nak bermain di Barcaelona.

Usaha gigihnya telah membuahkan hasil apabila dia dipilih mewakili MILO Malaysia ke Barcelona untuk bertanding di MILO Champions Cup.

MILO Hidup Bola adalah salah satu lagi usaha dibawah kempen MILO Aktif Negaraku.

Milo Aktifkan Negaraku merupakan sebuah iniasitif MILO® untuk menggalakkan rakyat Malaysia terutama dari peringkat kanak-kanak supaya bergiat aktif dalam aktiviti sukan sekaligus menaikkan semangat patriotisme terhadap negara tercinta.

Ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk budaya sukan terhadap anak-anak dari peringkat akar umbi. Dengan bersukan, kanak- kanak dapat menerapkan dalam diri dengan nilai-nilai seperti bertanggungjawab, semangat setia kawan dan kesukanan.

MILO® berharap agar ibu bapa dapat terus menyokong program Aktifkan Negaraku dengan menyokong setiap penglibatan anak- anak dalam aktiviti sukan terutamanya anjuran program ini.