berita

Pemain Bola Sepak Maut Akibat Ditikam

April 4th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang pemain bola sepak dilaporkan maut akibat ditikam dalam serangan rambang yang berlaku di selatan Sepanyol.

Maut ditikam dalam serangan rambang

Memetik laporan Daily Mail, mangsa yang dikenali sebagai Francisco Naval Perez berusia 24 tahun merupakan pemain kelab Chipiona CF. Menurut pihak berkuasa Sepanyol, suspek yang tidak didedahkan identiti bertindak menyerang dan menikam mangsa dengan menggunakan pisau besar di bahagian dada tanpa sebarang sebab.

Susulan daripada serangan tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia pada Ahad lalu. Hasil siasatan setakat ini, suspek yang berusia 20 tahun itu dan mangsa tidak mempunyai sebarang kaitan dan insiden berkenaan diklasifikasikan sebagai serangan rambang.

Sebagai info, mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×