berita

‘Pemakanan Kena Jaga, Jangan Main Tibai’ – Zul Yahya Tampil Perjelas Maksud Kebaikan Amalan Sunnah

February 25th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon, Zul Yahya memberitahu kepada umum bahawa dia mengambil keputusan untuk memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah kerana ingin mengutamakan ilmu akhirat dan agama demi masa hadapan.

Artikel berkaitan: ‘Jangan Suka Hati Kata Ilmu Tak Boleh Lawan Dajjal’ – Doktor Respon Isu Pelakon Utamakan Ilmu Akhirat & Agama

Artikel berkaitan: ‘Mampukah Degree & Master Selamatkan Mereka Dari Fitnah Dajal?’ – Zul Yahya

Terbaru, Zul Yayha tampil menjelaskan isu berkaitan amalan sunnah yang menjadi perdebatan masyarakat ketika ini.

Amalkan sunnah

Menerusi laporan Astro Gempak, Zul mendakwa kehidupan masyarakat hari ini yang tidak sihat berpunca daripada faktor makanan. Tambahnya,  jika amalan harian termasuk makanan dijaga dengan baik, maka h0spital tidak akan dipenuhi dengan pesakit.

Hidup kita banyak yang tak sihat daripada pemakanan. Cara hidup kita, kalau amalan kita jaga h0spital takkan penuh. Sekarang kalau pergi pasar raya tak seramai di h0spital. Sejak zaman bukan C0vid lagi.

Jika kita jaga, hidupkan amalan sunnah, makan dengan tertib, bukan berjalan sambil makan, Insya-Allah. Tengok berapa ramai orang ambik berat tentang ini. Benda ini kecil bagi kita tapi besar impaknya.Pemakanan kena jaga jangan main tibai.

Jelasnya lagi, andai semua individu mengamalkan sunnah serta menjaga pemakanan dengan baik, petugas kesihatan juga sudah boleh berehat pada masa ini. Terdahulu, Zul mencetuskan perdebatan apabila dia mengambil tindakan untuk memberhentikan anak-anak daripada terus bersekolah. Kini, muncul pula isu vaksin serta dia mendakwa orang ramai tidak yakin dengan makanan sunnnah seperti habbatus sauda dan madu.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×