berita

‘Jangan Suka Hati Kata Ilmu Tak Boleh Lawan Dajjal’ – Doktor Respon Isu Pelakon Utamakan Ilmu Akhirat & Agama

February 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, viral di media sosial apabila seorang pelakon mengambil keputusan untuk memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah kerana ingin mengutamakan ilmu akhirat dan agama demi masa hadapan.

Artikel berkaitan: ‘Mampukah Degree & Master Selamatkan Mereka Dari Fitnah Dajal?’ – Zul Yahya

Di Facebook, seorang doktor yang dikenali sebagai Syahr Musafir, tampil meluahkan pandangannya berhubung isu tersebut.

Saya tak kisah pun

Sekadar gambar hiasan

Saya tak kisah pun pasal Abang Z itu nak home schoolkan anak-anak. Itu pilihan Abang. Abang nak cerita kebaikan-kebaikan bisnes, cara Abang didik dan besarkan anak-anak Abang dengan cara Abang pun, silakanlah, saya hormat semua tu, sebab setiap orang ada pilihan dan cara masing-masing.

Tetapi apabila bekas artis terbabit mula seolah-olah sinonimkan ilmu yang diajar di sekolah sebagai tak berguna untuk akhirat, seolah-olah belajar Sains, Fizik, Kimi, Biologi, Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris semua tu semacam tak boleh nak jauhkan kita (manusia) daripada api neraka, saya rasa perlu ada orang sekolahkan dia semula dalam segi cara fikir itu secara spesifik.

Menurut Syahr Musafir, ilmu yang baik itu tidak kisahlah ilmu itu berkaitan apa sahaja. Ini kerana, ianya semua datang dari Allah dan boleh membawa manusia kembali kepada Allah menerusi pahala dan pengalaman. Tambah beliau, belajar Fizik, Biologi, Sains, Matematik dan lain-lain semuanya mendapat pahala. Malah, ilmu tersebut boleh dijadikan bekal di akhirat dan ianya tergolong daripada ibadah. Jelas beliau lagi, individu tersebut tidak perlu mengajak orang lain untuk berfikiran sempit dan menganggap bekalan akhirat hanyalah subjek agama sahaja.

Tak semestinya berakhlak mulia

Sekadar gambar hiasan

Saya pernah kenal ustaz yang berperangai buruk, mereka hafaz Qur’an tapi lalai, ustazah pun ada yang buat perangai buruk, kaki mengumpat dan seumpamanya, sebab belajar subjek agama tak bermaksud confirm berakhlak mulia dan tak bermaksud confirm masuk syurga. Dan saya pernah kenal orang bukan lulusan bidang agama bekerja dalam industri pelbagai termasuklah doktor, jurutera dan guru sekolah, mereka ini soleh, baik, mempunyai ilmu agama dan menjalankan dakwah kepada masyarakat, sedangkan mereka bukanlah ustaz-ustazah dan tak pernah belajar di sekolah agama, sama macam saya bersekolah di sekolah biasa.

Ilmu Allah itu luas, dan sekolah dibina, ilmu diajar, semua ini adalah FARDHU kifayah, sebagaimana jurusan agama juga. Saya hantar anak-anak saya ke sekolah biasa, belajar bahasa, ilmu hisab, sains, semua tu supaya apabila besar nanti mereka jadi doktor yang beriman, jurutera yang beriman, peguam atau apa saja kerjaya yang ikhlas, sahih, beriman, Islami, berihsan, berakhlak. Bukan nak mereka jadi ejen dajjal. Saya kena sebut semua ni, sebab saya tak nak orang terpengaruh, sebab artis mempunyai ramai followers. Teori konpsirasi apa ni, sampaikan nak kena sempitkan cara fikir orang ramai tentang ilmu, sekolah, guru-guru pula. Janganlah sesuka hati berkata ilmu ini tak boleh lawan dajjal macam kami ini sampah atau buih-buih di lautan.

Di samping itu, beliau turut berkongsi kisah di mana beliau tidak pernah berhenti belajar meskipun sudah mendapat PhD dalam bidang Perubatan (Patologi Ortopedik). Bahkan, sehingga ke hari ini beliau masih belajar ilmu agama, bahasa Arab dan manghafaz Al-Quran. Ujar Syahr Musafir lagi,  ilmu-ilmu Sains Perubatan inilah yang mendidiknya tentang kebesaran Allah, sifat ihsan, ikhlas dan sebagainya.

Semua boleh lawan fitnah dajjal

Sekadar gambar hiasan

Saya setuju rezeki ditentukan oleh Allah, tak sekolah pun boleh cari rezeki, tak ada masalah. Tetapi nak dapatkan rezeki, sepertimana yang disebut, perlukan usaha. Dan semua kita kena faham, bersekolah belajar ilmu itu ini juga adalah usaha. Usaha belajar nak dapatkan ilmu, nak dapatkan keputusan yang baik, nak jadi kerjaya professional, nak buat kerja dengan baik, meraih pahala sepanjang proses ini. Ini semua adalah usaha untuk mendapatkan rezeki. Setiap peringkat mempunyai pahala yang Allah akan beri setimpal.

Pernah menangis dengan hakikat bahawa doktor tak mampu menyembuhkan kecuali dengan bantuan dan izin Allah, Subhanallah rasa kerdilnya diri, malu pada Allah, menangis minta Allah bantu… Semua ini lebih baik daripada ilmuwan jurusan agama yang mempolitikkan agama, menunggang agama untuk kepuasan nafsu dan sebagainya, lihat saja kes-kes ‘orang agama’ bercakap tak senonoh, ada yang menceraikan isteri yang hamil tanpa sebab yang jelas. Abang, kita belajar ilmu bisnes dan praktikkannya, dapat rezeki halal dan berkongsi, semua ini pun boleh lawan fitnah dajjal, bang. Bukan dapat rezeki duit saja. Yakinilah.

Di akhir posting tersebut, beliau menegaskan bahawa pelakon, penyanyi, pengarah drama, penerbit dan semua individu boleh jadi pentarbiyah dan pendakwah yang bagus terutama apabila mereka sedar tanggungjawab menyebarkan kalimah Allah dalam setiap karya. Jelas beliau lagi, ilmu akhirat adalah penting, dan ilmu akhirat juga bukan hanya jurusan agama sahaja.

Sumber: Syahr Musafir

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×