Sekadar gambar hiasan
Pemandu bot pancing terkejut apabila seorang wanita hamil jatuh di hadapan botnya ketika berada berdekatan Jambatan Pulau Pinang.
Artikel Berkaitan: Hamil Anak Kedua Dalam Tempoh Cuti Bersalin, Wanita Terima Pampasan ‘Lumayan’ Selepas Dipecat Majikan
Artikel Berkaitan: Dapat Gaji Penuh 5 Bulan & Boleh Guna Cuti Bersalin Setahun, Perkongsian Dr Amalina Buat Ramai Terkejut
Sarat mengandung, wanita 20-an memilih untuk terjun dari jambatan
Menerusi laporan Harian Metro, wanita itu ditemui apabila pemandu bot pancing sedang mendekatkan botnya pada tiang tengah jambatan pada petang semalam. Menurut pemandu bot, Mohd Sobri Karim, 37, wanita hamil itu hampir lemas di bawa arus ketika dia terjatuh selepas terjun dari jambatan.
Ketika kejadian, terdapat empat rakan yang berada di dalam bot saya. Saya amat terkejut apabila terlihat sesuatu terjatuh daripada jambatan. Saya mendekatkan bot dan cuba untuk mencapai tangan wanita itu dan ikat dengan tali supaya dia tidak tenggelam. Saya bersama-sama empat lagi pemancing cuba yang terbaik untuk mengangkat wanita tersebut naik ke atas bot.
Menurut pemandu bot tersebut, wanita itu berjaya diangkat ke dalam botnya dan dipercayai dalam lingkungan 20-an yang sedang sarat mengandung enam bulan. Dalam perjalanan ke Pangkalan Polis Marin Wilayah Satu di Batu Uban, wanita itu hanya menangis dan memegang perutnya.
Berikutan itu, setiba di lokasi, wanita hamil itu diserahkan kepada anggota perubatan untuk prosedur seterusnya yang perlu dijalani.
Sumber: Harian Metro