Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki, yang berstatus orang kurang upaya (OKU) telah mengalami kecederaan parah susulan dipukul oleh seorang lelaki di kedai menjual barang terpakai. Bagaimanapun, keadannya kini dilaporkan stabil dan kejadian tersebut berlaku dua hari yang lepas, di Sungai Tiram, Pulau Pinang.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Bawa Kereta Laju Langgar Lampu Isyarat, Pemandu Meninggal Dunia
Telah dikejarkan ke hospital
Sekadar gambar hiasan
Lapor Harian Metro, mangsa yang berusia 21 tahun telah dipukul dengan topi keledar telah dikejarkan ke Hospital Pulang Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan berikutan mengalami patah tulang hidung, mata dan bibir. Jelas Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan AA Anbalagan, anak kepada pemilik premis datang ke kedai kira-kira jam 2.30 petang bagi berehat.
Namun, pengadu yang sedang berbual di hadapan premis berkenaan terserempak dengan seorang lelaki yang berbadan besar yang tidak memakai selipar secara tiba-tiba muncul dan berlari dari kedai itu.
Berasa curiga, pengadu kemudian masuk ke kedai berkenaan dan mendapati lelaki terbabit terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka. Mengesyaki sesuatu, pengadu menghubungi ambulans sebelum lelaki itu dihantar ke hospital untuk rawatan.
Ujar Anbalagan lagi, menerusi hasil soal siasat yang dilakukan mangsa adalah OKU fizikal yang melibatkan tangan kanan, telah datang ke premis itu sebelum datang suspek yang bertindak menyerbu masuk ke bilik dan memberi amaran supaya tidak mengangggunya.
Berkali-kali mangsa dipukul
Tidak berakhir di situ, suspek juga bertindak memukul di bahagian kepala mangsa dengan menggunakan topi keledar berkali-kali sebelum bergegas dari premis berkenaan.
Semakan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian serta saksi bebas mengesahkan keterangan pengadu dan suspek menaiki kereta Suzuki Swift.
Siasatan lanjut mengesahkan suspek adalah individu sama yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Baru.
Menurut abang kandung suspek, adiknya dipercayai telah mengalami kemurungan sejak Mac yang lalu dan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Difahamkan, kemurungan tersebut berpunca akibat tekanan hidup yang dialaminya.
Kereta yang dipandu suspek berusia 30-an itu juga disahkan milik bapa si mati dan motif suspek memukul mangsa masih dalam siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro