berita

[VIDEO] Bawa Kereta Laju Langgar Lampu Isyarat, Pemandu Meninggal Dunia

April 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tangkap layar video

Semalam, tular satu video kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga buah kereta yang berlaku di persimpangan lampu isyarat. Menerusi video berdurasi kurang 25 saat itu, kereta jenis Suzuki Swift dipercayai dipandu laju sebelum merempuh kereta jenis Toyata Vios. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Tengah Bayan Baru, Pulau Pinang.

Video kejadian

Lapor Utusan Malaysia, kejadian tersebut berlaku pada pukul 2,45 petang, dan mangsa lelaki yang berusia 25 tahun dijumpai tersepit di dalam kenderannya yang telah terbalik. Difahamkan, pasukan bomba telah mengambil masa 25 minit bagi mengeluarkan mangsa daripada keretanya.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Mustakin Mohd. Salleh, pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 2.53 petang dan mengambil masa kira-kira lima minit untuk sampai ke tempat kejadian.

Bomba mengunakan peralatan khas untuk menstabilkan kereta dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang ketika itu tidak sedarkan diri. Mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh 25 minit kemudian dan diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital.

Manakala, pemandu Toyota dan Perodua Myvi hanya mengalami kecederaan ringan. Menerusi keterangan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan, pemandu yang memandu Suzuki Swift telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 4.10 petang.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan bedah siasat ke atas mayat lelaki itu akan dijalankan sebaik sahaja menerima keputusan saringan Covid-19.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

Sumber: Antharaxxx 

SKIP THIS AD ×