berita

Pembayaran ‘One-Off’ Bermula 20 April Ini, KWSP Pesan Pastikan Nombor Akaun Bank Aktif

March 29th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: TheSunDaily

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat bayaran bagi pengeluaran khas secara sekali pembayaran (One-off) kepada pencarum yang layak bermula 20 April ini.

Artikel Berkaitan: Mahu Bayar Hutang, Jadikan Modal Bisnes & Baiki Rumah Lepas Bencana Alam’ – Antara ‘Plan’ Rakyat Malaysia Lepas Kerajaan Umum Pengeluaran Khas KWSP

KWSP bantu ahli yang terkesan dengan pandemik

Foto: Gempak.com

KWSP menerusi satu kenyataan pada Selasa turut menyenaraikan beberapa syarat kelayakan pengeluaran khas seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

KWSP menetapkan  syarat pengeluaran adalah bagi pencarum warganegara dan bukan warganegara serta pemastautin tetap berumur 55 tahun ke bawah dengan jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun berkenaan.

Amaun pengeluaran minimum RM50, maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 dan jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan dengan meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun berkenaan.

“Pembatalan permohonan serta pindaan amaun tidak dibenarkan dan bayaran pengeluaran khas tersebut diberi keutamaan berbanding pengeluaran lain.”

Ahli boleh dapatkan nasihat percuma mengenai simpanan

Foto: Kosmo 

Menurut KWSP lagi, ahli boleh berjumpa dengan Pegawai Khidmat Nasihat di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat secara percuma mengenai simpanan KWSP mereka.

KWSP juga turut mengingatkan pencarum untuk memastikan nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP serta nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa). Selain itu, sentiasa menyemak baki simpanan KWSP dan memastikan akaun diatas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.

Bagi pencarum yang tidak boleh mempunyai akaun bank, mereka boleh memilih arahan bayaran sebagai kaedah bayaran.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kemudahan pengeluaran khas boleh diperoleh dengan kemudahan ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-89224848, bermula 1 April ini.

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Berita Harian Sinar Harian

SKIP THIS AD ×