berita

Pembeli Di Lampu Isyarat Boleh Didenda RM2,000

March 16th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Trend menjaja makanan berhampiran lampu-lampu isyarat sekitar jalan raya bukanlah perkara baru. Malah, sejak pandemik melanda dunia semakin ramai yang mencari rezeki dengan cara sedemikian demi meneruskan kelangsungkan hidup.

Artikel Berkaitan :Aktiviti Jual Beli Di Lampu Isyarat Satu Kesalahan

Artikel Berkaitan : Niat Nak Cari Rezeki Berniaga Di Lampu Isyarat, Tapi Kena Saman Pula

Terbaru, pengguna jalan raya berdepan saman berjumlah RM2,000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan.

Denda RM2000

Sebelum ini, penjaja yang berniaga di lampu isyarat sudah diberi amaran sejak Oktober lalu memandangkan aktiviti ini boleh mendatangkan bahaya kepada penjual dan pengguna lalu lintas.

Menerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor.

Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi juga pembeli yang mana mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, aktiviti perniagaan itu merupakan satu kesalahan kerana cara itu bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

Cari kaedah lain untuk berniaga

Tambah beliau, peniaga dinasihatkan agar mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut lunas peruntukan undang-undang negara.

Nasihat saya, carilah kaedah atau lokasi lain yang lebih sesuai untuk menjalankan perniagaan dan jangan sampai membahayakan.

Rata-rata netizen tidak setuju dengan tindakan pihak polis yang dikatakan menghalang peniaga untuk mencari rezeki lebih-lebih lagi di musim pandemik ini. Bagaimanapun tindakan polis hanya untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya termasuk penjaja berkenaan.

Setakat ini, pihak polis masih belum menerima sebarang laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.

Sumber : Kosmo

SKIP THIS AD ×