berita

‘Pemergianmu Di Hari Lahir Daddy’ – Anak Meninggal Dunia Sekelip Mata, Ibu Kongsi Detik Sayu

November 2nd, 2019 | by Athirah
Kini Trending

Pilunya hati seorang ibu dan ayah apabila anak yang dikandung, dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil pergi dalam sekelip mata. Begitulah yang dialami seorang wanita ini apabila anak perempuannya telah pergi menghadap Ilahi tanpa mengetahui apakah punca yang sebenarnya.

Ikuti perkongsian menyedihkan yang dibuat pengguna Facebook Norazlin Alin tentang detik terakhir beliau bersama anaknya sebelum pergi buat selama-lamanya.

Mummy selalu cakap ‘next time’

Sekadar gambar hiasan

28 Oktober, Isnin

Mummy: Alya mahu  pergi jogging ke mahu pergi main pasir?

Alya: Alya mahu main pasir.

Petang tu mummy, daddy, Alya dan Adib pergi Pantai Tanjung Aru. Sebelum main pasir singgah beli makanan kejap, Alya mahu beli pisang goreng tapi mummy cakap nantilah sebab hujan dah turun. Maafkan mummy tak tunaikan permintaan sayang.

Dalam masa yang singkat berkelah dan bawa Alya main pasir. Mummy dan daddy bergilir temankan Alya main pasir. Happy mummy tengok hajat Alya untuk main pasir tercapai. Lama dah Alya cakap mahu main pasir tempat hotel cantik, maksud Alya tu Alya mahu pergi Cabana retreat lagi tapi tempat tu agak jauh sayang. Mummy selalu cakap ‘next time’ kan sayang. Maafkan mummy tak tertunai lagi permintaan Alya.

Malam sampai di rumah Alya mandi dan makan. Tokma cakap macam-macam Alya makan. Lebih kurang 11 malam Alya mengadu badan Alya terasa lemah, rupanya Alya demam.

Muntah, terkulai layu

Sekadar gambar hiasan

29 Oktober, Selasa

Alya masih demam, mummy biarkan Alya tidur sampai pukul 11.30 pagi lepas tu mummy angkat Alya bawa turut, sikit pun Alya tak nak makan. Petang baru Alya makan tapi itu pun biskut adik Adib. Mummy pujuk Alya mandi, selepas mandi Alya ada cakap, ‘mummy Alya tak demam dah, Alya sihat’. Lepas tu nampak Alya macam okay.

Tapi malam tu Alya start muntah. Biskut yang Alya makan semua keluar balik, terkulai layu Alya. Tokma basahkan tuala letak atas kepala Alya. Alya baring dan tidur. Tiap malam memang Alya tidur dengan Tokma. Tokma cakap malam Alya meracau, Alya ada cakap pasal naik train, sepatutnya cuti Deepavali ni mummy janji mahu bawa naik train. Maafkan mummy sayang, ada lagi permintaan Alya yang tak tertunai.

Alya hanya makan ubat demam yang memang sedia ada di rumah. Mummy tak bawa pergi klinik sebab panas badan Alya tak terlalu tinggi.

Pergi klinik doktor kata okay

Sekadar gambar hiasan

30 Oktober, Rabu

Alya masih demam dan hanya baring tidur sahaja. Mummy dan daddy pergi kerja macam biasa dan bagitahu Tokma kalau badan Alya panas call je, mummy balik rumah. Time di sekolah Tokma bagitahu panas badan Alya. Mummy cakap mummy banyak kerja tak boleh balik, kena latih murid mummy sebab masa dah singkat. Mummy minta daddy yang balik rumah. Maafkan mummy sayang.

Daddy cakap Alya mahu makan KFC daddy pun keluar pergi beli KFC. Sementara tunggu daddy, Alya tiba-tiba request mahu mummy mandikan Alya. Time tu Adib memang tak nak lepas mummy juga. Alya berkeras mahu mummy juga yang mandikan Alya, rupanya itulah kali terakhir mummy mandikan Alya di rumah ni.

Selepas mandi mummy ingatkan Alya akan lebih cergas dan boleh makan ayam KFC tapi tidak, Alya baring semula tutup mata, nampak weak sangat. Jam 3 petang mummy bawa Alya pergi klinik kesihatan. Doktor sini akan suruh Alya buat blood test kalau demam sebab ada sejarah denggi. Time kena ambil darah Alya tak nangis pun. Hasil blood test doktor cakap semua okay cuma tonsil bengkak tu sebab Alya tak mahu makan.

Keluar bunyi dari mulut dan hidung

Sekadar gambar hiasan

Jam 7 malam mummy tengah bagi Adib makan tiba-tiba Alya keluarkan bunyi dari mulut dan hidung yang kuat sebanyak 3 kali. Kenapa Alya nak? Mummy teriak, mummy pegang Alya, tangan Alya keras dan kejang. Mummy nampak mata putih Alya sahaja.

Mummy jerit panggil tokma. Tangan mummy menggeletar tak boleh google (info pasal sawan). Mummy call ibu tak angkat yang mummy boleh buat tulis whatsApp dalam group minta cari info pasal sawan. Mummy lari ambil tudung, handbag dan kunci kereta. Call daddy minta jumpa di klinik Dr Mohan. Mummy drive sambil pegang Adib, tokma pegang Alya di seat belakang.

Sampai di klinik doktor cakap kalau kes sawan terus saja ke hospital lagipun Alya nampak sangat tak bermaya. Daddy sampai di klinik dan mummy cakap ke Likas tapi sebelum tu pulang rumah kejap packing barang Alya dan Adib. Minta maaf sayang kalau keputusan mummy untuk balik ambil barang di rumah tu adalah keputusan yang salah.

Sampai Likas Alya muntah depan register counter. Bila nurse bagi ubat demam Alya muntah lagi terus mummy dan Alya disuruh masuk emergency. Dalam emergency ingatkan ada doktor yang akan terus cek Alya tapi tidak mummy dan Alya duduk sahaja atas katil dalam setengah jam sambil tengok doktor dan nurse busy merawat pesakit yang lebih kritikal.

Tunggu doktor cek Alya

Sekadar gambar hiasan

Mummy tunggu lagi mana doktor yg akan cek Alya. Datang doktor lelaki soal siasat mummy selepas tu, sekali lagi kami dibiarkan begitu sahaja. Alya nampak tenang kejap mata tutup kejap mata buka. Hanya ada seorang nurse yang ambil darah Alya. Mummy tanya nurse tu, Alya masuk ward ke? Ya, jadi mummy pun tunggu la apa tindakan seterusnya.

Daddy cakap Adib mahu minum susu jadi mummy pun bagitahu Alya mummy keluar kejap. Masa pertukaran mummy daddy tu rupanya Alya jatuh dari katil. Selepas tu mummy masuk lagi jaga Alya tapi adik Adib nangis lagi nak tidur. Mummy pun pergi kereta dekat jam 11 tidurkan Adib. Jam 11.37 mummy tanya daddy, Alya sudah masuk wad? Daddy cakap belum, Alya kena sawan lagi tadi 5 saat. Mummy keluar dari kereta cepat-cepat pergi emergency nampak doktor dan nurse sudah mula busy cek Alya.

Alya kena pasang oksigen, tangan Alya dua-dua kena jarum untuk drip air. Lepastu doktor sambungkan wayar di badan Alya. Alya minta buka oksigen sebab mahu muntah. Time ni mummy tengok Alya sakit sangat. Alya cakap dengan kuat ‘Alya nak minum’. Inilah ayat terakhir yang keluar dari mulut Alya yang mummy boleh dengar dengan jelas. Nampak Alya mahu muntah lagi tapi tak boleh. Time ni nampak mata putih ja. Alya semakin pucat. 2-3 doktor mula sibuk cari keputusan darah Alya. Dari pemerhatian mummy, doktor tu cakap blood test tu semua nampak okay tapi Alya semakin biru.

Semua kelam kabut

Sekadar gambar hiasan

Alya dipindahkan ke katil lain, ubat-ubat Alya semua ditambahkan ke dos yang paling tinggi. Mummy tengok semua orang kelam kabut, tangan dan kaki mummy menggeletar. Doktor tengah call pakar sambil tengok di screen. Semakin ramai dikeliling Alya. Mummy tanya kenapa dengan Alya, doktor cakap dia pun tak tahu. Tiba-tiba doktor jerit CPR.

Sempat mummy tengok nurse tekan-tekan dada Alya sebelum mummy disuruh keluar. Mummy tak tahan tunggu di luar, mummy masuk semula. Doktor masih berusaha tekan dada Alya. Ada hos sudah masuk dalam mulut Alya. Pakar-pakar turun dari atas, pakar jumpa mummy tanya macam-macam soalan. Sekali lagi mummy tanya kenapa dengan anak saya dan doktor pakar pun jawab benda yang sama ‘saya tidak tahu kenapa dengan anak puan’.

Alya dah pergi

Dada Alya terus kena tekan. Sekali lagi doktor pakar keluar, ‘anak puan tak okey’ lepastu dia masuk balik. Mummy tengok mereka stop tekan dada Alya sambil berbincang. Dalam hati mummy mungkin keadaan reda sedikit atau mungkin mahu pindahkan Alya ke ICU. Sangkaan mummy meleset, doktor pakar keluar ‘ANAK PUAN TIDAK DAPAT DISELAMATKAN’. ‘Maksud doktor?’ ‘YA ANAK PUAN SUDAH TIADA’. Allahuakhbar. Mummy terus rebah, mummy nangis sekuat hati.

Mummy bangun. Sebaik tengok Alya atas katil, air mata mummy stop ‘betul ke ni doktor? Saya tidak percaya’. Doktor hanya angguk. Mummy tanya soalan yang sama berulang kali. Mummy angkat Alya, cium Alya. Mummy diam, mummy tengok daddy dan tokma nangis. Tapi time ni air mata mummy tak boleh keluar tak tahu kenapa. Mummy hanya dakap Alya sepuas-puasnya. Doktor yang berdiri di situ berulang kali cakap ‘saya betul-betul tak tahu apa yang jadi sama anak puan, saya minta maaf’.

Pemergianmu sayang begitu cepat. Pemergianmu di hari lahir daddy. Singkatnya masa Allah pinjamkan Alya.

Sumber: Facebook Norazlin Alin