
Pemilik kedai Mykeria, Zira meluahkan rasa kesal apabila namanya menjadi bualan di media sosial pada ketika ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pekerja Kedai Keria Didakwa Dipecat Majikan Gara-Gara Tidak Mahu Berkongsi Wang Pemberian ‘Cikgu’
Artikel Berkaitan: Wanita Luah Rasa Kecewa Dipecat Selepas Sehari Bekerja Di Kedai Emas – ‘Mereka Kata Saya Tak Capai Ekspektasi’
Akui bersalah
Menerusi muat naik di TikTok Story, Zira berkata dia juga sudah membayar duit gaji lebihan Nabila berkerja dengannya.
Saya memang bersalah dan saya minta maaf.
Saya juga sudah minta maaf kepada Nabila secara tertutup.
Dan saya juga sudah membayar duit gaji Nabila selama lapan hari sebelum dia secara rasmi berhenti dengan saya kerana akan mulakan latihan praktikal pada Ahad ini di kampung.
Dalam pada itu, Zira berkata sekiranya orang ramai mahu membantu Nabila boleh hubunginya untuk dapatkan nombor akaun bekas pekerjanya.
Sementara itu, Zira turut memaklumkan akan memperbaiki dirinya dan mengambil iktibar terhadap perkara yang berlaku.
Terdahulu, Zira didakwa telah memberhentikan Nabilah kerana dia tidak mahu berkongsi wang pemberian daripada pempengaruh, Cikgu Shaari menerusi satu temu bual di TikTok
Sumber: TikTok