berita

Pemilik Kongsi Hal Sebenar, Tak Berniat Cari ‘Kembar’ Kereta Sampai Ke Bangi

September 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tidak tahan kerana sering disaman angkara ‘speed trap’, seorang pemilik kereta jenis Mazda didakwa menjejaki ‘kembar tirinya’ di Bangi, semalam.

Artikel berkaitan: Tak Tahan Asyik Kena Saman ‘Speed Trap’, Pemilik Kereta Sanggup Cari ‘Kembar Tiri’ Sampai Ke Bangi

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki yang dikenali sebagai Jo memberitahu niatnya datang ke Bangi dari Johor bukan semata-mata untuk mencari kembar keretanya. Malah, dia turut mempunyai urusan lain.

Anak saudara terserempak

Anak saudara saya yang menetap di Bangi memaklumkan ada terserempak dengan kereta itu di sana dan menyangka itu saya. Dia bertanya kenapa saya tidak singgah ke rumahnya ketika itu. Bingung sekejap saya kerana ketika itu saya berada di Kuantan bersama isteri untuk menguruskan hal pembelajaran anak.

Berdasarkan maklumat diberikan anak saudara termasuk gambar kereta terbabit, saya membuat laporan polis pertama di Johor Bahru untuk tindakan lanjut.

Menurut Jo, dia mengetahui kewujudan kereta tersebut daripada anak saudaranya sejak dua minggu lalu. Tambahnya, anak saudaranya yang menetap di Bangi, telah terserempak dengan kereta tersebut sehingga menyangka pemandu kereta itu merupakan dirinya.

Ujarnya lagi, dia turut berasa bingung sebaik sahaja dimaklumkan hal tersebut. Jo turut memberitahu pada masa tersebut dia berada di Kuantan, Pahang, bersama isteri untuk menguruskan hal pembelajaran anak. Jelasnya lagi, dia turut membuat laporan polis di Johor Bahru.

Ajak saya ke lokasi

Anak saudara kemudian mengajak saya ke lokasi untuk melihat kereta itu, sebelum kami menemuinya di kawasan tempat letak kenderaan terbabit dan menghubungi pihak polis. Saya ada juga bertanya kepada penduduk sekitar kawasan itu mengenai kereta berkenaan, namun mereka mendakwa tidak kenal dengan pemiliknya.

Bercerita lebih lanjut, Jo memaklumkan yang dia membeli kereta tersebut di sebuah bilik pameran di Johor pada tahun 2016. Dia turut berkata, anak saudaranya turut mengajaknya ke lokasi kereta tersebut ditemui.

Sebaik sahaja menjumpai kereta tersebut, mereka telah menghubungi pihak polis. Penduduk di sekitar kawasan tersebut turut memberitahu yang mereka tidak mengenali pemilik kereta tersebut.

Semua saman saya dah selesaikan

Saya tidak pernah memuat naik di mana-mana platform media sosial berhubung perkara ini, namun tiba-tiba ia menjadi tular termasuk dakwaan saya menerima banyak saman kerana kereta terbabit. Semua saman itu pun sudah saya selesaikan kerana mahu memperbaharui cukai jalan yang tamat tempoh pada Mei lalu.

Jika difikirkan memang pelik apabila ada kereta yang bukan sahaja sama fizikalnya, tetapi juga sama nombor pendaftaran dan tarikh tamat tempoh cukai jalan.

Mengenai dakwaan menerima banyak saman, Jo menjelaskan yang dia menerima saman mengenai kesalahan memandu laju tetapi tidak sedar sama ada kesalahan itu dilakukannya sendiri atau kenderaan berkenaan. Jo turut menyerahkan hal tersebut kepada pihak polis bagi tujuan siasatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×