berita

Peminat Billie Tinggal Sampah Berselerak, Netizen Samakan Dengan Program Mat Motor

August 19th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Penyanyi muda Billie Eilish berjaya membuktikan pengaruh besarnya dalam dunia muzik elektropop selepas ribuan peminat mula beratur di Stadium Nasional Bukit Jalil seawal 10 pagi, untuk konsert yang bermula pukul 8 malam, semalam.

Namun, timbul pula isu yang membuat warganet kurang senang dengan kejayaan konsert tersebut selepas tersebar video keadaan di luar stadium yang dipenuhi sampah sarap, seakan-akan ‘program mat motor’.

Artikel Berkaitan: Gugur Kandungan Diharamkan, Billie Eilish Tak Puas Hati Tumpuan Hanya Diberikan Kepada Johnny Depp & Amber Heard

‘2 kali 5 dengan mat rempit’

Dalam satu perkongsian video milik @meranomiii di laman TikTok, dapat dilihat kawasan sekitar perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang dipenuhi dengan sampah sarap seperti botol air, beg plastik, dan bungkusan makanan.

Menerusi video yang tular itu, sampah sarap tersebut dipercayai ditinggalkan oleh pengunjung yang beratur hampir seharian bagi menunggu waktu mereka dibenarkan masuk ke dalam stadium.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam perbuatan tersebut, selain ada yang menyamakan keadaan stadium itu dengan situasi pada program RXZ Members 2022 di Gong Badak, Terengganu, baru-baru ini.

Sumber: TikTok @meranomii

SKIP THIS AD ×