berita

Gugur Kandungan Diharamkan, Billie Eilish Tak Puas Hati Tumpuan Hanya Diberikan Kepada Johnny Depp & Amber Heard

June 29th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pada 25 Jun lalu, Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan melarang pengguguran anak, dan keputusan tersebut mendapat bantahan sehingga protes dilancarkan di lebih 50 bandar di AS.

Antara yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu ialah penyanyi genre Indie terkenal Billie Eilish yang menyifatkan keputusan yang dibuat itu merampas haknya sebagai wanita.

‘Siapa kisah tentang penceraian?’

Pada awal bulan June, Billie mengeluarkan sebuah lagu baru berjudul ‘TV’ yang didakwa merujuk kepada perhatian yang diberikan pihak media negara itu kepada kes saman fitnah Johnny Depp dan Amber Heard.

Ketika itu, Mahkamah Agung Amerika juga sedang dalam proses membuat keputusan terhadap perbicaraan ‘Roe v. Wade’ yang menentukan sama ada hak pengguguran anak bakal dilindungi undang-undang negara berkenaan.

Namun, media ketika itu hangat membicarakan kes Johnny dan Amber, sekaligus membiarkan kes isu Roe v. Wade tertinggal di belakang, dan lirik lagu ‘TV’ yang dikeluarkan Billie seakan-akan menyindir perkara tersebut secara berkias.

Walau bagaimanapun, dalam satu temu bual bersama NME, perkara tersebut dapat disahkan selepas Billie sendiri membuka mulut dan mempersoalkan mengapa orang ramai ingin tahu tentang kes penceraian sesebuah pasangan selebriti.

Saya murung, saya hilang hak ke atas badan saya sendiri, dan bila saya melayari internet, semua orang bercakap tentang perbicaraan itu. Siapa kisah? Wanita kini hilang hak ke atas badan mereka sendiri, kenapa kita bercakap tentang penceraian pasangan selebriti?

Ini bukan kali pertama Billie bersuara tentang pendapatnya kepada khalayak ramai, sebelum ini Billie juga pernah bersuara tentang peminat yang suka membuat andaian seperti mereka mengenali selebriti tersebut secara peribadi.

Semua orang rasa mereka ada hak untuk melabel seseorang itu bermasalah, ataupun memberi pendapat tentang seseorang. Tapi, mereka tidak mengenali saya. Saya pun tak kenal mereka. Masalahnya, anda rasa anda kenal saya, tapi sebenarnya tidak.

Sumber: Cinema Blend, NME

SKIP THIS AD ×