

Kalau korang membesar ketika era 90-an, mesti korang membesar dengan Keluang Man atau pernah dengar nama Keluang Man kan? Superhero tempatan yang dulu popular dengan aksi jenaka dan keberanian luar biasa ini kembali menggegarkan Malaysia.
Bukan sekadar kenangan, tapi kini Keluang Man kembali menghiburkan peminatnya dalam filem terbaru yang akan ditayangkan pada 29 Mei 2025 ini.
Jom tengok trailer dia kat sini:
Untuk menambah keterujaan bagi filem yang paling dinantikan, Keluang Man bergabung dengan Kopi Wonda dalam satu kolaborasi epik!
Untuk meraikan kemunculan semula superhero tempatan kesayangan ramai, Wonda melancarkan Wonda Kopi Edisi Kluang, yang menampilkan wira ikonik pada tin. Wonda Kopi Edisi Kluang memberi penghormatan kepada budaya Kopi Kluang yang terkenal dengan rasa kopi yang kuat dan aromatik.
Bukan itu sahaja, Kopi Kluang ini diperkaya dengan Tongkat Ali, bukan sahaja memberikan tenaga tetapi melambangkan kekuatan dan semangat yang diwakili oleh Keluang Man. Setiap tegukan kopi ini membantu peminat kopi merasai semangat wira dalam diri mereka.
Inilah masanya untuk korang seru nostalgia sambil menikmati Wonda Kopi Edisi Kluang dengan Cita Rasa Kita!
Sekali terlepas koleksi ‘rare’ ini, menyesal tak sudah!
Baru-baru ni, admin ternampak sesuatu yang memang mengimbau kenangan masa kecil admin apabila melihat 4 reka bentuk tin eksklusif Wonda x Keluang Man!
Setiap satunya menampilkan karakter utama seperti Dr Malini, Shamsir, Ahmad dan Bebe dari filem terbaru ni, dan serius, nampak rare gila!
Lokasi untuk dapatkan tin karakter:
Dr Malini: Shell select & myNEWS
Shamsir: Kedai Mesra PETRONAS & Family mart
Bebe: 7-Eleven
Ahmad: Petron, ST Rosyam Mart & Etika Kedai Rasmi (Shopee, Lazada, Pandamart, TikTok shop)
Nak lagi merchandise gempak tak?
Bukan setakat tin eksklusif, ada koleksi gempak seperti mini action figura, payung, keychain dan komik terhad. Nak tahu macam mana nak dapat?
Barangan edisi terhad ini boleh ditebus di lokasi yang berbeza. Jom ketahui lanjut!
MyNEWS: Belanjakan RM10 untuk mana-mana minuman Wonda Coffee 240ml dan tebus siri komik Keluang Man (4 edisi) serta-merta di dalam kedai. Sah dari 1 Mac 2025 hingga 31 Mei 2025 – selagi stok masih ada!
7-Eleven: Belanjakan RM10 untuk mana-mana minuman Wonda Coffee 240ml dan tebus rantai kunci Keluang Man di dalam kedai. Sah dari 14 Mac 2025 hingga 4 Mei 2025 – cepat sebelum habis!
Shell Select: Belanjakan RM15 untuk mana-mana minuman Wonda Coffee 240ml dalam satu resit dan tebus figura aksi mini watak utama Keluang Man seperti Keluang Man, Dr. Malini, Shamsir dan Ahmad melalui WhatsApp. Sah dari 1 Mac 2025 hingga 30 Jun 2025 – selagi stok masih ada!
PETRONAS Kedai Mesra: Belanjakan RM30 untuk mana-mana minuman Wonda Coffee 240ml (resit berasingan dibenarkan) dan tebus payung eksklusif Keluang Man melalui WhatsApp. Sah dari 1 Mac 2025 hingga 30 Jun 2025 – rebut sebelum kehabisan!


Korang boleh dapatkan merchandise ni secara instant redemption di MyNEWS dan 7Eleven, atau melalui WhatsApp Redemption di Shell Select dan Petronas Kedai Mesra dengan membeli kopi Wonda!
Dah la koleksi rare, free pulak tu apabila anda membeli produk Kopi Wonda!* Rugi gila kalau tak grab sekarang!
*Tertakluk terma dan syarat, sementara stok masih ada


Wonda x Keluang Man: nostalgia bertemu kopi legend
Siapa sangka, dua jenama ikonik mencipta pengalaman unik yang mampu memberi kesan mendalam kepada Rakyat Malaysia.
Kopi Wonda yang terkenal dengan keenakan kopi premium kini meraikan kehebatan Keluang Man, superhero tempatan yang dekat di hati rakyat Malaysia.
Memang kolaborasi yang mantap! So, korang yang peminat Keluang Man, jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi terhad Keluang Man ni!
Cepat-cepat ke mana-mana kedai Shell Select, Petronas Kedai Mesra, MyNEWS & 7Eleven berdekatan untuk dapatkan edisi terhad ni sebelum kehabisan stok.
Bukan setakat tin eksklusif, koleksi ni datang dengan barangan rare yang mungkin boleh jadi berharga berjuta-juta satu hari nanti, siapa tahu, kan?
Bayangkan korang simpan sekarang, mungkin bertahun kemudian boleh jadi item nostalgia yang sangat rare? Haaaaaa jom start collect!
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman promosi di sini: Wonda x Keluang Man LTO & Exclusive Merchandise.






