berita

Peminat Tak Faham Konteks Yang Ingin Disampaikan, Aubrey Suwito Tampil Beri Penjelasan Isu Dakwaan ‘Perli’ Tokti Di Twitter

May 24th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama maestro muzik negara, Aubrey Suwito menjadi perbualan ramai gara-gara ciapan ‘balas’ yang dihantarnya di Twitter, baru-baru ini. Aubrey dilihat membalas tweet produser muzik, JD yang mempersoalkan sama ada artis-artis yang wajah mereka terpampang di billboard Times Square di New York pernah melakukan persembahan di kota tersebut ataupun tidak.

The knives are out

Aubrey menulis ‘Fuhh. The knives are out.’ pada ciapan asal yang dimuat naik oleh JD. Susulan daripada itu, beliau telah menerima komen yang negatif dalam kalangan netizen khususnya peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ini kerana, wajah penyanyi tersebut baru sahaja terpampang di billboard Times Square berbanding penyanyi yang lain. Aubrey juga dituduh dan didakwa hipokrit dengan Tokti berikutan memuat naik tweet balas tersebut.

Terpanggil untuk memberi penjelasan, Aubrey menjelaskan yang dia tidak berniat untuk perli sesiapa. Tambahnya, dia sekadar menegur tindakan JD yang dianggap kurang manis.

Semuanya salah faham. Mungkin ada yang tidak faham konteks. Tujuan saya menulis ciapan berkenaan adalah untuk menegur JD secara baik, kerana tidak manis untuk bertanyakan soalan sedemikian terhadap pencapaian artis lain. Kalau dalam bahasa mudah, saya nak sampaikan kepada JD ‘Relakslah’. Ramai pula yang salah anggap.

Khas buat semua yang kecil hati

Terbaru, Aubrey memuat naik maksud sebenar ‘The knives are out’. Menurut Aubrey, ‘The knives are out’ merupakan peribahasa Bahasa Inggeris yang diguna untuk menyatakan ‘seseorang tu telah dikritik/dihukum/dipersalahkan secara tidak adil’. Ujar Aubrey lagi, JD juga sudah menerangkan niat asalnya. Oleh hal yang demikian, Aubrey menganggap isu tersebut telah selesai dan tidak ada mana-mana pihak yang kecil hati.

Sumber: Aubrey Suwito

SKIP THIS AD ×