berita

Peminat ‘Tangkap’ Tengah Dating, Jenna Ortega Nafi Jalin Hubungan Dengan Johnny Depp

September 5th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Jenna Ortega Nafi Bercinta Dengan Johnny Depp

Pelakon yang sedang meningkat naik, Jenna Ortega dikatakan bercinta dengan pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp.

Artikel Berkaitan: Sekian Lama Menyepikan Diri, Gigi Kuning Johnny Depp Jadi Perhatian Peminat

Dating di pusat peranginan?

Jenna Ortega Nafi Bercinta Dengan Johnny Depp

Memetik laporan Daily Mail, desas desus itu mula tercetus selepas ada yang mendakwa terlihat pasangan tersebut sedang bermain cinta di sebuah pusat peranginan.

Namun ada yang tampil mempertahankan mereka dengan mengatakan bahawa mereka bersama sempena kerjasama yang bakal dijalinkan menerusi filem yang bertajuk Beetlejuice 2.

Difahamkan, Jenna bakal memegang watak sebagai seorang anak kepada Johnny Depp yang bakal menjadi peneraju utama dalam filem tersebut.

Jenna nafi bercinta dengan Johnny

Jenna Ortega Nafi Bercinta Dengan Johnny Depp

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan siri Wednesday itu tampil menafikan khabar angin yang dianggapnya sebagai tidak masuk akal.

Gosip ini tidak masuk akal bahkan saya tidak boleh ketawa dengan berita murahan seperti ini.

Saya tidak pernah berjumpa dengan Johnny bahkan belum bekerjasama dengannya dalam satu filem atau drama.

Tolong hentikan khabar angin ini dan biarkan kami sendirian.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×