berita

Sekian Lama Menyepikan Diri, Gigi Kuning Johnny Depp Jadi Perhatian Peminat

May 19th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Setelah sekian lama menyepi selepas menang kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard pada tahun lalu, Johnny Depp kembali mencuri perhatian peminat selepas menghadirkan diri ke Festival Filem Cannes.

Artikel Berkaitan: Selebriti Tarik Balik Sokongan Terhadap Johnny Depp Selepas Dokumen Mahkamah Tersebar?

Peminat geli tengok gigi kuning

Memetik laporan PageSix, difahamkan kehadiran Johnny adalah untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya yang berjudul Jeanne du Barry.

Namun begitu, gaya tampan pelakon itu berjalan di karpet merah di festival berkenaan ‘dirosakkan’ oleh penampilan giginya yang agak kuning dan kelihatan seolah sudah rosak.

Jadi bualan peminat

Penampilan gigi Johnny itu sehinggakan menjadi bualan dalam kalangan wargamaya.

Sekadar info, Johnny Depp, 59, berjaya memenangi kes saman fitnah terhadap Amber Heard yang mendakwa menjadi mangsa dera bekas suaminya itu pada Jun tahun lalu.

Amber kemudiannya diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65 juta) kepada Johnny namun dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Sumber: PageSix

SKIP THIS AD ×