Seorang peminat meluahkan rasa teruja di media sosialnya apabila dapat bertemu dengan pelakon terkenal, Zahirah MacWilson.

Artikel Berkaitan: ‘Usia 30-an Memang Jauh Lebih Baik Daripada 20-an’ – Zahirah MacWilson

Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Jadi Toksik, Tak Kira Siapa Kita’ – Zahirah MacWilson

Zahirah berhijab?

Menerusi hantaran di Threads, individu dikenali sebagai Zulaika Sahard itu memuat naik foto bersama aktres berkenaan sambil meluahkan rasa terpesona dengan kejelitaan yang dimilikinya.

Tengok saya jumpa siapa hari ini.

Cantiknya! Menggigil saya masa minta bergambar tadi.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji kecantikkan yang dimiliki oleh pemilik nama Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31 itu.

Dalam masa yang sama, penampilan Zahirah yang mengenakan hijab juga telah menyorot perhatian ramai dan mereka mendoakan agar dia mengekalkan imej tersebut.

Sumber: Threads