Foto: adira.suhaimi
Baru-baru ini penyanyi Adira berkongsi rakaman video memaparkan dirinya bersama anak-anak sedang bersantai di sebuah hotel di ibu negara. Namun perkongsian itu menarik perhatian peminat yang terkejut dengan fizikal Adira yang kelihatan seperti sedang hamil.
Adira kunci mulut
Foto: adira.suhaimi
Menerusi video tersebut, Adira kelihatan berseri-seri apabila mengenakan skirt labuh berserta jaket berwarna cerah dilihat sedang berjalan bersama anak-anaknya di sebelah kolam renang sebuah hotel.
Bulan lalu, peminat juga mendakwa Adira hamil apabila ‘baby bump’ penyanyi itu kelihatan. Namun Adira tetap mengunci mulut tentang kehamilannya itu. Meskipun merahsiakan kehamilan tetapi peminatnya tetap dapat mengesan perubahan tubuh penyanyi Pujaan Hati itu. Sehingga kini, Adira belum membuat sebarang pendedahan tentang dirinya yang berbadan dua.
Penyanyi lagu Pujaan Hati itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, Asan, dan Anggun.
Video penuh
View this post on Instagram
Reaksi peminat
Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu selepas baby bumpnya kelihatan.
Sumber: adira.suhaimi