berita

Peminat Ucap Tahniah, Syasya Didakwa Sudah Bernikah?

April 21st, 2024 | by Alia
Kini Trending

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal didakwa sudah mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Hanya Mampu Doakan Yang Terbaik Buat Dolla’ – Azira Shafinaz

Artikel Berkaitan: Syasya Tarik Diri Daripada Kumpulan Dolla

Gambar dalam masjid?

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG) peminat Dolla, kelihatan Syasya yang didakwa bersama pasangannya sedondon mengenakan busana putih. Gambar tersebut dipercayai diambil di dalam sebuah masjid.

Dalam masa yang sama, peminat Syasya mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan perkahwinannya.

Tahniah Syasya dan suami!

Tahniah Syasya. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Kepada suami awak, please jaga Syasya kita orang baik-baik okay. IDolla love her and miss her so much.

Sekitar awal bulan lalu, Syasya telah memaklumkan bahawa dia mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla atas alasan peribadi.

Sumber: IG IDollas_Fansdolla

SKIP THIS AD ×