berita

Remaja 15 Tahun Senyum Sinis Selepas Tembak Dua Orang Awam Hingga Maut

September 5th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Di Florida, Amerika Syarikat, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun telah ditahan oleh pihak polis kerana menembak dua orang awam sehingga maut.

Artikel Berkaitan: Terasa Hati Dengan Kata-Kata Orang Tua, Anak Tikam Mak 50 Kali Sampai Mati Di Meja Makan

Tembak mati

Memetik laporan New York Post, suspek yang dikenali sebagai Nico Brown telah ditahan oleh pihak berkuasa di Orlando kerana menembak Isaiyah Wright, 19 dan Ajahiyah Hashim, 6. Bukan itu sahaja, ibu kepada Ajahiyah turut mengalami kecederaan yang serius berikutan insiden tembaka tersebut.

Menurut polis Orlando, kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun itu dan ibunya berada di ruang tamu rumah mereka apabila tembakan dilepaskan dari sebuah kereta yang lalu lalang pada jam 8:20 malam, hari Selasa lalu. Polis berkata, Ajahliyah dibawa ke hospital tempatan tetapi disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk.

Manakala, Wright yang baru menyambut hari kelahiran yang ke-19 tahun dihantar ke bilik kecemasan Hospital Pusat Kesihatan di Ocoee sejurus kejadian itu. Namun, tidak mampu diselamatkan juga.

Ujar ibu Wright, dia tidak tahu sama ada anaknya menjadi sasaran ataupun tidak pada waktu itu.

Sumber: New York Post

SKIP THIS AD ×