
Pempengaruh media sosial Rambo Castello atau lebih dikenali sebagai Cikgu Li dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Jumaat akibat serangan jantung.
Salam takziah

Memetik laporan Berita Harian, berita itu disahkan oleh anak ketiganya, Hafizul Fazli, 30, yang memaklumkan bahawa bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisinya dan ibu, Asiah Abdullah, 55.
Jenazah bapa akan dibawa pulang ke Kampung Wakaf Zing, Jeli dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berdekatan rumah.
Saya sedang melakukan urusan untuk membawa pulang ayah dan kemungkinan sampai ke kampung hari ini.
Menurut sumber, Rambo Castello atau nama sebenarnya Ahmad Radzli Che Ngah, 59, telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Rumah Sakit Sardjito, Jogjakarta, Indonesia sejak 5 Oktober lalu.
Sumber: Berita Harian








