berita

Penampilan Sopan Heroin Filem “HACKS” Nuremy Ramli

July 13th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Heroin filem “Hanya Aku Cinta Kau Seorang” (HACKS) difahamkan mula menyarungkan tudung sejak bulan Mac lalu. Menurut Nuremy, beliau mula menyarungkan tudung apabila beliau bermimpi menemui arwah ayahnya.

“Saya bermimpi bertemu arwah ayah saya beberapa kali cuma yang peliknya, arwah ayah tak tersenyum bila melihat saya. Ini membuatkan saya tertanya-tanya apa maksud mimpi tersebut. Saya tak nafikan memang saya ada rasa serba tak kena, sehinggalah saya membuat keputusan untuk bertudung, alhamdulillah, saya berasa lebih tenang dan selesa,” – Bulan Purnama

Filem HACKS lakonan Nuremy Ramli  telah mula ditayangkan pada 21 Jun 2012 yang lepas. Di dalam filem tersebut, Nuremy Ramli telah digandingkan dengan dua pelakon lelaki hebat iaitu Aeril Zafril dan Fezrul Khan. Sebelum filem HACKS, Nuremy Ramli turut berlakon beberapa lagi filem seperti Castello, Maut dan juga Nongkrong.

Berikut merupakan beberapa foto Nuremy Ramli dengan penampilan sopan buat tatapan peminat filem HACKS :

Nuremy kelihatan ayu dengan paduan jubah dan hijab daripada rona senada. Ini menonjolkan lagi gaya sopan dan keayuan wanita sebenar.

Gandingan dua wanita ayu, Nuremy Ramli dan Diana Amir. Kedua-duanya kelihatan anggun dan menawan dengan penggayaan  hijab yang berbeza.

Foto posing menarik buat peminat-peminat si comel Nuremy Ramli. Bagi individu yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan Nuremy Ramli, anda boleh Like Facebook beliau di Home Page Nuremy Ramli atau follow twitter beliau @Nuremyramli. Sedikit sedutan bagaimana Nuremy Ramli terbuka hati untuk memakai hijab : Sumber : MIG OnlineBulan Purnama

SKIP THIS AD ×