berita

Penampilan Sulung EXO Di MTV World Stage 2013

July 30th, 2013 | by Ai
Kini Trending

104780-abeeef91-2419-42ff-bc8b-f5de6693d45d-exo_25201-large-1375092894

Jika minggu lepas pihak MTV Asia mengumumkan Robin Thicke, Far East Movement dan Joe Flizzow akan membuat persembahan di MTV World Stage Live in Malaysia 2013, hari ini nama EXO juga telah disebut untuk menyertai barisan artis-artis ternama itu.

Artikel berkaitan:

Apa yang menariknya, kumpulan K-Pop popular yang dianggotai oleh 12 orang ahli itu bakal membuat persembahan julung kalinya di Malaysia bersama MTV.

EXO dipanggil untuk membuat persembahan di pentas antarabangsa ini berdasarkan kepada populariti mereka yang semakin meningkat naik selepas melancarkan album penuh pertama berjudul XOXO pada bulan Jun yang lepas.

ff50aaeb-e662-40ef-a8bf-14902adf4076

Far East Movement akan turut membuat persembahan

Tambahan lagi, album itu turut berjaya mengungguli carta U.S. Billboard’s World Albums Chart dan khabarnya XOXO akan diedarkan semula buat kali kedua dengan menampilkan tiga buah lagu baru di Korea pada 5 Ogos 2013.

Untuk pengetahuan anda, konsert yang akan diadakan pada 8 September 2013 di Surf Beach, Sunway Lagoon ini dijangka bakal menarik 15,000 peminat yang hadir dari seluruh pelosok dunia.

Bagi yang belum mendapatkan tiket ke MTV World Stage Live in Malaysia 2013, jangan risau kerana anda berpeluang untuk merebut pas masuk percuma dengan mengambil bahagian dalam permainan video di laman web worldstage.mtvasia.com.

Permainan video yang dikelolakan oleh MTV itu membolehkan anda mengakses masuk menggunakan komputer serta telefon pintar dengan mudah.

Lebih menarik lagi, peminat dari Hong Kong, Indonesia, Singapore dan Filipina juga berpeluang memenangi tiket perjalanan yang ditanggung sepenuhnya ke MTV World Stage 2013.

Jadi jangan lepaskan peluang anda kerana pertandingan permainan video ini bermula dari 29 Julai dan akan berakhir pada 27 Ogos 2013. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Apapun, jom tengok dulu MV EXO berjudul Wolf yang merupakan salah sebuah lagu dimuatkan dalam album XOXO.

SKIP THIS AD ×