berita

Penampilan Terbaru Coach Yin Curi Perhatian Netizen – ‘Ni Baru Nampak Macam Bakal Daddy!’

January 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, Coach Yin menerusi akaun Instagram miliknya memaklumkan dia sudah menamatkan zaman bujang dan sah bergelar seorang suami.

Artikel berkaitan: [FOTO] Coach Yin Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan

Terbaru, penampilan pemuda berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu mencuri perhatian ramai apabila dia dikatakan semakin ‘berisi’ selepas mendirikan rumah tangga.

Betul ka ni Coach Yin?

Setelah hampir setahun bergelar suami, penampilan Coach Yin dilihat sangat berbeza jika dibandingkan zaman bujang. Menerusi posting di Instagram, Coach Yin memuat naik sekeping foto bersama isterinya yang sedang hamil anak sulung mereka. Pasangan ini mengucapkan selamat tahun baru buat semua pengikut mereka di media sosial.

Menurut netizen, pasangan tersebut nampak sangat bahagia. Bukan itu sahaja, kebahagiaan tersebut bertambah kelihatan apabila badan Coach Yin yang ‘sado’ sebelum ini dilihat semakin berisi. Maklumlah, sudah ada orang yang jaga makan dan minum kan.

Lain macam bila dah nampak berisi ni. Mesti Coach Yin tengah bahagia tu. Apapun, tahniah bakal jadi bapa tidak lama lagi!

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah buat Coach Yin dan isteri kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Ujar netizen, penampilan terbaru Coach Yin ini sangat sesuai dengan statusnya yang bakal bergelar bapa.

Sumber: Coach Yin

SKIP THIS AD ×