berita

Penantian Selama 8 Tahun Berakhir, Jehan Miskin & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung

February 22nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Jehan Miskin pernah berkongsikan berita gembira mengenai kehamilan isterinya, Julie Camelia Rhee. Menurut perkongsiannya, dia bersyukur atas rezeki ini kerana hampir lapan tahun pasangan ini menunggu dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga.

Artikel berkaitan: ‘RMCO Baby’ – Setelah 8 Tahun Menunggu, Isteri Jehan Miskin Sah Hamil

Terbaru, pelakon ini sekali lagi berkongsikan berita gembira apabila isterinya itu selamat melahirkan anak sulung mereka pada Sabtu lalu.

Selamat datang anakku

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jehan Miskin (@jehan_miskin)

Perkara itu dikongsikan Jehan Miskin menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto bersama anak. Cahaya mata sulung pasangan ini diberi nama Axel Nova Rhee Bin Jehan.

Tambah Jehan lagi, anak lelakinya itu dilahirkan pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina diiringi dengan letupan bunga api.

Tahniah!

Rata-rata rakan selebriti termasuk Fazura, Alif Satar, Sherry Alhadad dan Scha Alyahya turut mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada bulan Mei 2013. Isteri kepada Jehan Miskin iaitu Julie Camelia Rhee merupakan orang Korea.

Sumber: Jehan Miskin

SKIP THIS AD ×