
Ibu kepada Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu Zailah Zainuddin berkongsi momen yang tidak dapat dilupakan semasa menemani anaknya ke mahkamah tempoh hari.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Walau Dalam Tempoh Singkat, Semua Boleh Dilaksanakan’ – Dr Afifah Syukur Urusan Pindah Rumah Dipermudah
Artikel Berkaitan: Dr Afifah Kini Pindah Ke Rumah Sewa Baharu – ‘Jika Ada Sesiapa Yang Mempunyai Barangan Rumah Preloved ..’
Jadi inspirasi
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Zailah berkongsi, semasa di perkarangan mahkamah, Dr Afifah telah didatangi oleh seorang wanita yang turut berdepan fasa sukar selepas perceraian.
Menurut Zailah, wanita berkenaan teruja dan gembira apabila dapat bertemu dengan anaknya.
Semasa di mahkamah ada seorang wanita menegur anak saya. Katanya dia sangat sedih sebab penat turun naik mahkamah sudah lebih setahun urusan post-cerai.
Katanya ‘Saya tadi sangat down tapi bila jumpa Dr Afifah hari ni, saya sangat gembira…tak sangka dapat jumpa Dr..”
Sebagai ibu, Zailah meluahkan rasa terharu apabila anaknya itu menjadi sumber inspirasi buat kaum Hawa untuk terus kuat menjalani ujian dalam kehidupan mereka.
Dia senyum dan minta izin untuk bergambar. Saya yang memerhati pun rasa terharu. MashaAllah, anak saya yang di awal pagi sakit perut dan gementar, dapat buat seseorang tersenyum & gembira.
Semoga anakandaku terus istiqamah dan kuat dalam perjuangannya
Untuk info, Afifah, 35, sah bercerai dengan penyanyi, Nubhan, 39, pada 2 Disember lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hidup bersama selama 10 tahun. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

