Baru-baru ini, Fatin Afeefa sekali lagi menjadi bualan ramai apabila pelakon itu seakan-akan berkongsikan bayangan tentang kehidupan lalunya.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Suami Fatin Afeefa Bukan Pedagang Saham Tapi Kaki Tipu & Seleweng Pengikut?
Artikel Berkaitan: Dicop ‘Tak Boleh Pakai’ Biarkan Isteri Beratur Ambil Makanan, Ini Respon Fatin Afeefa– ‘Biarlah Aku Nak Cari Pahala Lebih’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Terbukti Dia Bukan Nakkan Mak Je..’- Netizen Puji Suami Fatin Afeefa Tak Kekok Layan Anak Tiri
‘Saya dah penatlah tanggung biawak hidup’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Fatin akui berasa sangat penat kerana sudah terlalu lama menanggung ‘biawak hidup’ pada suatu ketika dahulu dan kini, dia tidak mahu lagi melalui fasa tersebut.
Saya dah penatlah tanggung biawak hidup. Biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup. Dulu saya dah dengar cakap korang..saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat lelaki kaya ni…saya dah dengar cakap korang.
Tidak dapat dipastikan siapakah ‘biawak hidup’ yang dimaksudkan Fatin, namun bukan suaminya, Aliff Awang. Pelakon berusia 29 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik serta bertanggungjawab menjaga keperluan dan kebajikannya sebagai seorang isteri.
Saya bela biawak, sekarang ini saya nak biawak ni yang bela saya. Biar saja dia. Nanti korang fahamlah, mencintai biawak tak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya okay je, dia baik lah.
Sebagai rekod, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.
Pada 30 Disember tahun lalu, Fatin berkahwin dengan seorang ahli perniagaan iaitu Aliff Awang atau mesra dengan panggilan Opai.
Video
Sumber: TikTok